AbstractKajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40. Kajian kes ini djalankan di dua buah sekolah menengah kebangsaan yang dikenal pasti ramai murid B40 yang tidak tahu dan kurang lancar membaca dan menulis di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 16 murid B40 tingkatan 1, iaitu 7 orang murid B40 kaum Cina, 4 orang murid B40 kaum India dan 5 orang murid B40 kaum Melayu dipilih sebagai peserta kajian. Seramai 8 orang murid B40 belajar di SMKA dan 8 orang murid B40 lagi belajar di SMKB. Temu bual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang sangat terhad dan terhad. Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Jika tahu menulis, mereka tidak tahu perkara yang ditulis. Murid B40 India pula, kemahiran mem.....