UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

1
Abstract
This study proposed a statistical investigate the pattern of students’ academic performance before and after online learning due to the Movement Control Order (MCO) during pandemic outbreak and a modelling students’ academic performance based on classification and regression in Support Vector Machine (SVM). Data sample consist of 228 students were taken from undergraduate students of Department of Mathematics, Faculty of Science and Mathematics, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). The instrument used for data collection is a questionnaire. Student’s Grade Point Average (GPA) before and after online learning were taken to identify the pattern of students’ academic performance before and after Movement Control Order (MCO) while Cumulative Grade Point Average (CGPA) after online learning were obtained to developed model of academic performances during COVID-19 outbreak. The algorithm of Support Vector Machine (SVM) classification and regression was used to devel.....
Final Year Project Published 2021 1287 hits Available
2
Abstract
Kajian lepas telah membuktikan bahawa pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa dalam membantu pembelajaran matematik awal kanak-kanak di rumah tidak lagi berkesan seperti kaedah buku dan lembaran kerja serta menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mempunyai kefahaman konsep yang baik serta pengaplikasian dalam kehidupan seharian. Lantaran itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengkaji persepsi ibu bapa terhadap kaedah bermain di rumah dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk; (i) mengukur tahap kepercayaan ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah; (ii) mengenal pasti kekangan ibu bapa dalam mengendalikan kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah; serta (iii) mengukur penglibatan ibu bapa terhadap kaedah bermain dalam pembelajaran matematik awal di rumah. Reka bentuk bagi kajian ini adalah kajian kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada ibu bapa serta p.....
Article Published 2021 725 hits Available
3
Abstract
Pendidikan Islam merupakan subjek yang perlu dikuasai oleh setiap murid yang beragama Islam selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Islam ke arah kemenjadian murid secara seimbang dari sudut penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai dan tingkah laku. Artikel ini bertujuan untuk menyorot pelaksanaan penyoalan lisan dalam pengajaran Pendidikan Islam melalui strategi pengajaran yang digunakan oleh guru serta aplikasinya dalam topik tayamum. Sorotan ini mendapati penggunaan penyoalan lisan guru adalah penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan serta membantu mengasah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid...
Article Published 2021 786 hits Available
4
Abstract
Anacardium occidentale, locally known as “pokok gajus” is known for its medicinal purposes. The objectives of this study are to isolate compounds from the stem bark extract of A. occidentale and to study the antioxidant properties of the extracts. Cold maceration method was performed for the extraction of A. occidentale stem bark. Purification of the crude extracts using column chromatography successfully isolated two compounds. The isolated compounds were elucidated using spectroscopic methods including Fourier Transform Infrared and Nuclear Magnetic Resonance spectroscopy. These compounds were identified as stearic acid and β-sitosterol. The antioxidant potential of the crude extracts was determined using a 2,2-diphenyl-1-picrylhydrazyl (DPPH) radical scavenging assay. The results revealed that methanol extract was most effective in the capability to scavenge free radicals as it exhibited the highest radical scavenging activity towards DPPH with an IC50 value of 87.67 μg/mL. To.....
Article Published 2023 600 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan gaya pembelajaran audio-visual (AV) terhadap pencapaian murid Tingkatan Empat mengenai topik Pembahagian Sel. Topik ini dianggap sukar oleh murid kerana mengandungi konsep yang abstrak dan kompleks serta sukar difahami. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimental di mana sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Persampelan kajian dipilih secara persampelan rawak berkelompok yang menggunakan kelas sedia ada di mana ia melibatkan 55 orang murid Tingkatan Empat dari dua buah sekolah menengah di negeri Kelantan. Instrumen untuk menilai pencapaian adalah satu set soalan yang terdiri daripada 10 soalan objektif dan tiga soalan subjektif berkaitan topik Pembahagian Sel. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan ANCOVA untuk melihat perbezaan min pembolehubah kajian antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor mi.....
Final Year Project Published 2024 1410 hits Available
6
Abstract
Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi mata pelajaran Biologi dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian ini melibatkan sekolah-sekolah di daerah Kerian, Perak. Sampel kajian adalah seramai 136 murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Biologi dari populasi murid seramai 223 orang. Kajian ini telah mendapat kesahan daripada empat orang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrumen kajian telah memperolehi kesahan dengan purata keseluruhan nilai pekali kesahan sebanyak 0.85 bagi kesahan kandungan dan 0.90 bagi kesahan muka. Nilai Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan instrumen merupakan 0.946. Dapatan kajian mendapati bahawa murid-murid yang terlibat dalam kajian mendapat purata nilai min dan sisihan piawai adalah 4.039±0.818 bagi konstruk minat terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia. Seterusnya, bagi konstruk persepsi terhadap penggu.....
Final Year Project Published 2024 1433 hits Available
7
Abstract
Pembelajaran terhadap tarian Melayu Zapin merupakan satu seni tari penting yang perlu disemai dalam jiwa kanak-kanak. Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 dalam aspek pendidikan telah menyatakan hasrat untuk meningkatkan penghayatan dan apresiasi terhadap seni, budaya dan warisan negara untuk setiap peringkat pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga menjustifikasi, kanak-kanak perlu mendapat pengetahuan am mengenai sejarah, bidang seni dan muzik. Maka, kurikulum pendidikan praskolah harus diperkemaskan dengan menambah baik kualiti pembelajaran kanak-kanak menerusi tarian tradisional Melayu Zapin agar kesenian budaya ini akan terus terpelihara. Satu kajian analisis keperluan dijalankan untuk mengenal pasti keperluan guru prasekolah terhadap pembangunan modul tarian tradisional Melayu Zapin dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian ini adalah jenis tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan di .....
Article Published 2023 553 hits Available
8
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan mengeksplorasi persepsi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), menganalisis hubungan antara gaya pembelajaran, motivasi pencapaian dan kemahiran menyelesaikan masalah dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta menganalisis pengaruh antara gaya pembelajaran, motivasi pencapaian dan kemahiran menyelesaikan masalah dan KBAT dalam kalangan murid tingkatan dua di Daerah Langkawi, Kedah. Sampel kajian terdiri daripada 302 orang murid yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Borang soal selidik yang digunakan ialah Soal Selidik Persepsi KBAT, Soal Selidik Gaya Pembelajaran (Dunn dan Dunn), Ujian Motivasi Pencapaian (UMP) dan Soal Selidik Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu, frekuensi, peratus dan min manakala statistik inferens melibatkan korelasi Pearson serta analisis regresi. Dapatan juga menunjukkan min keseluruhan persepsi ialah 3.85. Hal ini menunjukkan persepsi murid terhadap K.....
Thesis Published 2024 551 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.