AbstractKajian bertujuan untuk membangunkan dan menentukan kebolehgunaan e-modul Nutri-Learn bagi subtopik Sistem Pencernaan Biologi Tingkatan Empat. Penilaian terhadap kebolehgunaan Nutri-Learn diuji dari aspek kebergunaan, kemudahgunaan serta kepuasan penggunaan. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk kajian pembangunan Ghazali dan Sufean yang berpandukan model instruksional ADDIE. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik untuk menilai kesahan dan kebolehgunaan Nutri-Learn. Kesahan Nutri-Learn dan instrumen soal selidik dijalankan melalui penilaian oleh dua orang pakar dari Jabatan Biologi. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif melalui perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa Nutri-Learn ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu 0.90 dengan menggunakan kaedah analisis CVI. Manakala, tahap kebolehgunaan Nutri-Lear.....