UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  idea  altematif  mu.rid  dan  menstruktur semula  idea altematif dengan menggunakan aktiviti dan perbincangan yang berkaitan dengan   menggunakan    konsep  kartun.  Reka  bentuk  kaedah-bercampur  digunakan dalam  kajian  ini.  Pensampelan   bertujuan  digunakan  dengan  melibatkan  45  orang mu.rid tahun 5 di sebuah Sekolah Rendah  Jenis  Kebangsaan  (Tamil) di Daerah Hulu Selangor. Tiga jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini,  iaitu satu siri enam konsep  kartun,  ujian  pencapaian  pra  dan  pasca  bertajuk  "Cahaya"  dan   protokol temubual.   Data   dianalisis   dengan   menggunakan   analisis   deskritif   dan    inferens. Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  terdapat  enam  kategori  idea  altematif  dalam  tajuk  (i)   Jawapan  Betul  dan  Justifikasi  Betul;  (ii)  Jawapan  Betul  dan  Justifikasi  separa  betul;  (iii)  Ja.....
Thesis Published 2018 1564 hits Available
2
Abstract
Kajian ini telah dipilih untuk mengkaji tentang “Eksplorasi Variasi Tumbuhan Malar Hijau Dalam Mewujudkan Kelestarian Persekitaran Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)”. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji elemen dalam reka bentuk landskap berkonsepkan kelestarian semulajadi dalam persekitaran kampus, menghasilkan cadangan reka bentuk landskap dengan merangkumi 5 fasa iaitu analisis dan inventori tapak cadangan, kajian visual, kajian konsep, penghasilan pelan induk dan penghasilan model 3D dan membangunkan sebuah model 3D reka bentuk landskap berkonsepkan kelestarian semula jadi dalam persekitaran kampus berdasarkan tema yang diberikan. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian studio, kaedah kajian lapangan, kaedah pengumpulan data dan analisis data. Pengkarya berharap melalui penulisan ini, ia dapat membawa perubahan yang positif kepada warga UPSI mengenai keindahan kelestarian tumbuh-tumbuhan yang wujud di persekitaran kampus.....
Final Year Project Published 2023 1355 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan Aplikasi Suno AI dalam meningkatkan pemahaman watak dan perwatakan dalam novel Vaada Malar dalam kalangan murid Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Kesusasteraan Tamil di Malaysia. Permasalahan kajian ini berpunca daripada kesukaran murid memahami teks sastera, khususnya aspek watak dan perwatakan, yang sering dianggap abstrak dan mencabar melalui kaedah pengajaran konvensional. Sehubungan itu, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) diteroka sebagai satu pendekatan alternatif yang berpotensi meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid dalam pembelajaran sastera. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai enam orang murid Tingkatan 4 dipilih sebagai responden kajian dan terlibat dalam intervensi selama enam minggu menggunakan Aplikasi Suno AI. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca, rubrik pemarkahan serta pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. Data kuantitatif dian.....
Thesis Published 2025 106 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesepaduan dan perkaitan antara unsur estetika dengan kerohanian dalam seni kata lagu karya S. Amin Shahab. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks dengan pengumpulan data berdasarkan temu bual responden utama dan kajian kepustakaan. Sebanyak 35 buah seni kata lagu menjadi sumber data berdasarkan dua kriteria utama, iaitu lagu yang popular dan malar segar serta seni katanya menepati tema kerohanian. Kerangka konsep Estetika Bersepadu yang dikemukakan oleh Abdul Halim Ali diaplikasikan sebagai reka bentuk kajian, apabila ia mengaitkan kesepaduan stail (estetika bahasa) dan pemikiran dengan perutusan agama. Data yang dianalisis dibincang secara deskriptif, dengan berpandukan aspek gaya bahasa oleh Tarigan dan gaya kata oleh Ali Imron. Penyepaduan unsur estetika gaya bahasa dan gaya kata (pemilihan diksi) ini dihubungkan dengan pemikiran S. Amin Shahab dan perkaitannya dengan unsur kerohanian. Hasil kaji.....
Thesis Published 2017 2350 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan melaporkan perbezaan ciri telik dalam empat kelas kata kerja yang wujud dalam bahasa Melayu. Secara amnya kata kerja dibahagikan kepada empat kelas, iaitu keadaan, aktiviti, pencapaian dan penyempurnaan. Telik ialah titik penamat semula jadi. Keadaan dan aktiviti menunjukkan ciri tidak telik, manakala pencapaian dan penyempurnaan menunjukkan ciri telik. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan dan Teori Manfred Krifka. Kajian ini memberikan pengelasan kata kerja bahasa Melayu berdasarkan perbezaan ciri telik tersebut. Kajian Maslida Yusof mengelaskan bahawa kata kerja dalam bahasa Melayu berdasarkan aspek situasi dan membahagikan kata kerja atau predikat bahasa Melayu kepada keadaan, pencapaian, penyempurnaan, aktiviti, aktif penyempurnaan, semelfaktif dan versi kausatif bagi setiap kelas kata kerja. Oleh itu, penelitian terhadap perbezaan aspek empat kelas kata kerja ini penting untuk melihat perbezaan.....
Article Published 2023 431 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.