AbstractTarian Pokudinding merupakan tarian etink Dusun Tindal yang berasal dari
Kampung Piasau Kota Belud, Sabah. Tarian ini sudah dikesan sejak tahun
1980-an dan berkisarkan kepada mitos menyambut musim menuai padi, di
mana hasil tuaian atau padi akan disimpan dalam ‘Tangkob’ atau dikenali
guni yang besar untuk menyimpan padi lalu disimpan ke dalam sebuah
rumah, disebabkan beban hasil tuaian itu sudah melebihi maka menyebabkan
dinding rumah menjadi condong dan dibantu dengan tongkat bagi membantu
dinding rumah tersebut daripada roboh. Melalui peristiwa tersebut, penduduk
kampung meraikan semangat dan kerjasama yang dilakukan oleh penduduk
kampung itu sendiri lalu mendapat ilham melalui pergerakan semasa
menahan rumah penyimpanan padi daripada roboh, oleh itu wujudnya tarian
Pokudinding. Tarian Pokudinding telah mengalami perubahan dalam struktur
gerakan, di mana gerakan tarian Pokudinding pada asalnya hanya terdapat
dua (2) gerak sahaja. Oleh itu, dalam kajian ini memfokuska.....