UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari dalam konteks sikap pentadbir di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian melibatkan 247 orang pentadbir IPG yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan di 26 buah IPGM seluruh Malaysia. Pemilihan responden adalah dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bertujuan yang dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Sub pemboleh ubah sikap terdiri daripada polisi akademik, polisi operasi, polisi perancangan dan polisi pengurusan. Manakala pemboleh ubah perancangan pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari terdiri daripada lapan sub pembolehubah iaitu standard isi, standard proses, standard kompetensi lulusan, standard pendidik dan tenaga kependidikan, standard prasarana, standard pengelolaan, standard pembiayaan dan standard penilaian pendidikan. Hasil.....
Article Published 2018 1084 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan, sumbangan dan membina model sikap, inisiatif, regulasi kendiri terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 247 orang pentadbir daripada 26 buah IPG seluruh Malaysia yang dipilih menerusi teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen digunakan berbentuk soal selidik Likert lima mata dan pengelompokkan item yang tepat mengikut konstruk dan sub konstruk kajian dibina melalui proses Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Manakala Analisis Faktor Pengesahan (CFA) digunakan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan konstruk. Model pembentukan sikap, inisiatif dan regulasi kendiri pentadbir IPG terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari telah dibina menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM). Dapatan EFA telah membentuk empat konstruk utama iaitu sikap, inisiatif, regulasi kendiri dan p.....
Thesis Published 2018 1254 hits Available
3
Abstract
Sains perubatan hari ini menyatakan bahawa pembentukan janin terhasil daripadapersenyawaan antara sperma dan ovum. Dalam hal ini, air mani perempuanĀ  yang dikeluarkan ketika hubungan jenis tidak mempunyai sebarang fungsi dalam pembentukan janin kerana air mani perempuan tidak mempunyai kromosom berbeza dengan air mani lelaki. Walaubagaimanapun, Imam Nawawiy ketika membuat huraian terhadap hadith Nabi s.a.w. ( ??? ??? ( ???? ????? ?? ??? ????? ???? ???? ???? ?????? ???? ???? ??? ????? ??? ?? ??? ???? ??? ????? membayangkan kepada kita bahawa pembentukan janin terhasil daripada persenyawaan antara air mani lelaki dengan air mani perempuan yang dikeluarkan ketika berlakunya hubungan jenis. Pendapat ini bukan sahaja tersasar, malah membayangkan Imam Nawawiy terkeliru antara air mani perempuan dengan ovum, selain boleh mendatangkan fitnah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Article Published 2019 901 hits Available
4
Abstract
The Fourth Industrial Revolution or Industry 4.0 is capable of triggering revolutionary (strategic) and evolutionary (operational) changes. Nonetheless, assessing human management competencies in Industry 4.0 has largely been a challenge. Thus, this empirical study aimed to understand the employee competencies and skills needed in Industry 4.0. The scope of the study involved electronic and electrical small and medium Malaysian manufacturing firms. Utilising a research framework based on the human capital theory, a questionnaire-based cross-sectional survey technique was adopted to collect pilot study data from 100 respondents. The results highlighted that competency of threshold, distinguishing, task requirement, communication and language, and creativity and innovation are necessary to gain employment in Industry 4.0. Additionally, creativity and innovation competencies are considered more important among respondents. The outcome of this pilot study bridged the theoretical gap and pr.....
Article Published 2024 375 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.