AbstractKajian ini adalah tentang penglibatan wanita dalam perkembangan pendidikan untuk kaum wanita di Sarawak pada tahun 1930-1963. Dalam kebanyakan penulisan sejarah pendidikan di Sarawak, tokoh wanita Barat seperti Hariette McDougall, Margaret Brooke, dan Mary Hoover sering diangkat sebagai pelopor pembangunan pendidikan masyarakat, manakala peranan wanita tempatan sering diketepikan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menyelidiki usaha wanita tempatan dalam memajukan pendidikan masyarakat, khususnya bagi kaum wanita di Sarawak. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis sumber primer dan sekunder yang terdiri daripada fail, rekod, surat, laporan, akhbar, buku, jurnal dan tesis. Selain itu, temu bual juga dilakukan dengan beberapa orang responden terpilih. Hasil kajian mendapati wanita Sarawak khususnya golongan wanita yang berpendidikan turut memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan masyarakat khususnya wanita menerusi usaha merek.....