AbstractDi Malaysia, penggunaan media baharu dalam aspek politik semakin meluas terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-10. Dari segi kumpulan umur, belia merupakan golongan yang paling tinggi menggunakan media baharu ini. Namun, bagaimanakah golongan belia ini menggunakan media baharu bagi tujuan politik? Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menilai penggunaan media baharu bagi aktiviti politik dalam kalangan belia di Selangor. Khususnya, artikel ini meneliti aktiviti politik menerusi media baharu, tahap penggunaan media baharu bagi aktiviti politik, dan hubungan di antara faktor demografi dan penggunaan media baharu bagi aktiviti politik. Dengan menggunakan survei sebagai kaedah pengumpulan data, seramai 200 responden yang berumur di antara umur 18-40 tahun telah dipilih secara rawak di Selangor untuk menjawab borang soal selidik. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Packages for Social Science) versi 22.0. Secara umumnya, dapatan kajian mendapati.....