UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Instrumen Pentaksiran Prestasi, Standard Awal Pembelajaran dan Perkembangan Awal Kanak-kanak. Kerangka pembinaan instrumen Miller (2013) telah menggabungkan 10 langkah pembentukan instrumen oleh McNamara (1996), Turner (2001) dan Wortham (2012). Kajian ini mengenal pasti empat faset pengukuran iaitu item dan domain, kanak-kanak, penilai dan kebezaan kefungsian faset dengan kurnpulan umur dalam enam domain pembelajaran awal kanak-kanak. Teori Generalizibiliti (Teori G) digunakan bertujuan mengenal pasti nilai kebergantungan setiap domain. Seramai 278 orang kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun daripada lapan buah taska di Selangor telah dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Analisis pengujian item-item dilakukan menggunakan perisian Facets 3.71 dan EduG 2.0. Dapatan menunjukkan enam domain pembelajaran awal kanak-kanak memenuhi semua andaian model Facets Rasch. Dapatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi ta.....
Thesis Published 2017 1560 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan Realiti Berperantara (Augmented Reality) dalam pembelajaran guru pelatih Biologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Hubungan antara tahap kesediaan dan penggunaan AR dalam pembelajaran guru pelatih Biologi UPSI turut diukur dalam analisis kajian ini. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Kaedah persampelan rawak mudah dijalankan ke atas populasi kajian berjumlah 221 orang yang terdiri daripada guru pelatih Biologi UPSI semester lima hingga tujuh. Data daripada instrumen borang soal selidik digunakan untuk analisis deskriptif dan inferensi statistik. Analisis adalah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 29. Borang ini mengandungi empat bahagian dengan jumlah 29 soalan beserta demografi responden dan dinilai menggunakan Skala Likert 4 mata. Kesahan borang soal selidik oleh dua orang pakar memperolehi nilai Cohe.....
Final Year Project Published 2024 848 hits Available
4
Abstract
Pondok institute is a growing Islamic formal education institutionamongst the Malaysian community. The purpose of this study is to identify the teaching methods practiced by teachers at pondok institutions. A phenomenological approach has been used to explore the teaching and learning methods at these pondok institution. The data were obtained through observation and interviews. Founders, teachers and students at one of the pondok in Alor Setar, Kedah was selected as respondent for the study. According to Mashitah Ibrahim (2014), there are five traditional methods of teaching the in pondok namely talaqqi method, tafaqquh method, itqan method, munazoroh method, and mujadalah method. However, the findings of this study shows that in the five traditional methods of teaching at pondok only three teaching methods practiced directly in this pondok institution ie talaqqi method, itqan method and Tafaqquh method. It was found mujadalah and munazoroh method can not be practiced at this cottage .....
Article Published 2019 1626 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti kesahan item bagi pembinaan Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) menggunakan Model Miller. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti kesahan item dalam Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) dan mengenalpasti kebolehpercayaan Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK) dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch Pelbagai Faset melalui lima faset iaitu skala, bias penilai, masa, kesukaran item dan prestasi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, artikel ini menerangkan tentang kesahan di dalam proses reka bentuk Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-Kanak (IPSK). Reka bentuk kajian pembinaan dan pengujian Instrumen Pentaksiran Sosioemosi Kanak-kanak (IPSK) melibatkan pendekatan kuantitatif. Instrumen ini dibina dengan merujuk kepada Model Pembinaan Instrumen Miller yang telah disusun semula oleh Nor Mashitah Mohd Radzi (2017) di dalam kajiannya Pembinaan dan Pengesahan Instrumen Pentaksiran Prestasi Standard Awal Pembelaj.....
Article Published 2021 1139 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.