UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara sikap pengguna dengan pemilihan institusi perbankan Islam dalam kalangan staf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pahang. Selain itu, kajian ini turut mengukur pengaruh kepatuhan agama sebagai mediator. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen. Sampel terdiri daripada 357 staf IPT yang dipilih menggunakan teknik pensampelan sistematik. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan Structural Equation Modelling (SEM). Analisis deskriptif menjelaskan tahap sikap, kepatuhan agama dan pemilihan perbankan Islam, manakala analisis SEM bagi menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa min sikap, kepatuhan agama dan pemilihan Perbankan Islam berada pada tahap yang tinggi. Sikap dan kepatuhan agama mempunyai kesan yang positif dan signifikan terhadap pemilihan perbankan Islam. Kepatuhan agama bertindak sebagai mediator separa dalam hubungan antara sikap pengguna dengan pemilihan per.....
Thesis Published 2017 1142 hits Available
2
Abstract
Kajian  kuantitatif  yang  menggunakan  kaedah  tinjauan  dan  kuasi  eksperimental ini    bertujuan    untuk    membina    dan    menguji    modifikasi    Modul    Operasi Pengemasan  (MakeUpBed) dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas masalah  pembelajaran  (MBPK  MP).   Kajian  ini melibatkan 55 orang  responden iaitu 34 orang guru pendidikan khas yang dipilih secara  persampelan bertujuan bagi  menjawab  soal  selidik  tinjauan  keperluan  modifikasi  modul,  lima   orang pakar sebagai penilai kesahan modul dan 16 orang MBPK MP untuk menjawab ujian pra dan pasca.  Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik tinjauan keperluan modifikasi modul, borang  penilaian kesahan modul serta ujian pra dan pasca. Rawatan dijalankan selama 12 minggu di mana  kumpulan rawatan  (n=8) diajar menggunakan modul yang dibina iaitu Modul  MakeUpBed. Modul dibina  berdasarkan aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dan model gaya pemb.....
Thesis Published 2020 1601 hits Available
3
Abstract
Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini. Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan? Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat. Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-k.....
Article Published 2020 1736 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.