UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini adalah merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti simbol-simbol dalam mantera berasaskan teori semiotik Peirce. Kedua menganalisis hubungan penggunaan simbol dengan makna mengikut konteks pandangan dunia Melayu dan ketiga menghuraikan penggunaan simbol sebagai terapi dalam masyarakat Melayu. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang berbentuk kajian kepustakaan. Data utama kajian terdiri daripada mantera Melayu dalam buku Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Data dalam bentuk mantera ini dianalisis kandungannya berasaskan kerangka model Peirce Hashim Awang (PHA) untuk mengenal simbol-simbol serta fungsi-fungsi simbol tersebut. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kajian ini berjaya menemukan 76 jenis simbol. Simbol-simbol ini telah dikelompokkan kepada lima jenis iaitu simbol binatang, simbol tumbuhan, simbol alam kosmos, simbol benda dan simbol makhluk ghaib dan manusia.....
Thesis Published 2017 2552 hits Available
3
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur pendidikan ataupun nilai yang terdapat dalam bahan multimedia kartun animasi Upin dan Ipin. Ia dilihat mampu memberi nilai yang baik dan mampu memberi kesan yang besar dalam pendidikan murid sekolah rendah. Pendekatan pengajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang menarik. Di sini animasi memainkan peranan penting bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi. Perkara ini penting untuk memastikan murid dapat menumpukan perhatian dan tidak merasa jemu ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta mendapat ilmu yang berterusan. Makalah ini akan memanfaatkan teori Konstruktivisme. Menurut Post & Weingartner (1969) konstruktivisme ialah satu pengetahuan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Pandangan baru ini menganggap pelajar bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi m.....
Article Published 2019 1956 hits Available
4
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terdapat melalui peribahasa dalam bahan multimedia kartun Pada Zaman Dahulu. Ia dilihat mampu memberi nilai yang baik dan mampu memberi kesan yang besar dalam pendidikan murid sekolah rendah. Pendekatan pengajaran berasaskan multimedia mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang menarik. Di sini animasi memainkan peranan penting bagi menceriakan lagi persembahan sesebuah informasi. Perkara ini penting untuk memastikan murid dapat menumpukan perhatian dan tidak merasa jemu ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta mendapat ilmu yang berterusan. Makalah ini akan memanfaatkan teori semiotik (Peirce, 1965) dan teori konstruktivisme (1987). Semiotik mementingkan tanda, penanda dan petanda. Dari sudut pengajaran, guru bijak menggunakan kecergasan fikiran untuk memahami sesebuah peribahasa. Teori semiotik mengajak guru untuk melihat hubun.....
Article Published 2019 1925 hits Available
5
Abstract
Kajian ini adalah usaha untuk melihat penggunaan teknik 7S iaitu melalui kata kunci akronim 7S (Sekolah, Sabtu, Sebelum, Semasa, Suasana, Selepas, Sangat) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu penulisan dalam kalangan murid Orang Asli di sekolah rendah. Menurut Abdullah Hassan (1987), kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan. Berdasarkan kajian lepas, kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat dan meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan teknik 7S dengan kaedah didik hibur agar dapat membantu murid-murid Orang Asli menulis karangan berpandukan rangka karangan. Seterusnya, mempermudahkan murid-murid menulis karangan dengan mengemukakan idea yang menarik, huraian yang mantap berserta contoh dan penyampaian yang menarik. Ini bersesuaian dengan saranan yang dikemukakan oleh Lembaga Peperik.....
Research Report Published 2019 881 hits Available
6
Abstract
Flipped learning is a revolutionary teaching method that disrupts traditional learning environments by providing instruction outside of the classroom. This strategy enables students to engage with the subject at their convenience and encourages active learning in the classroom. The current study is a comprehensive literature analysis that looks into the impact of flipped learning on student critical thinking skills. The Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analysis (PRISMA) criteria were utilized to ensure that the article selection was valid and reliable. The articles were selected from some credible databases, such as Eric, Scopus, and ProQuest. After the selection procedure, the systematic review yielded 23 relevant articles to be further reported. Our analysis highlights that flipped learning practices are most commonly observed in natural science disciplines, including physics, mathematics, and chemistry. The majority of the studies employed quantitative metho.....
Article Published 2024 708 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.