AbstractKajian ini bertujuan menilai pelaksanaan bidang Jawi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam (BJdKPI) menggunakan Model CIPP yang meliputi dimensi konteks (kesesuaian BJdKPI dengan FPK, kesesuaian BJdKPI dengan matlamat KPI, kesesuaian BJdKPI dengan objektif KPI); dimensi input (peruntukan masa, pengajaran abad ke-21, pengetahuan kandungan mata pelajaran); dimensi proses (pelaksanaan pengajaran Jawi, penggunaan Bahan Sokongan Pembelajaran, Pentaksiran Bilik Darjah, penyeliaan pengajaran, hubungan dengan murid, kerjasama pihak pentadbir, kolaboratif rakan sejawat); dan dimensi produk (kompetensi pengajaran Jawi, watak GPI, komitmen kerjaya, tanggungjawab luar kelas). Kajian penyelelidikan bercampur ini adalah secara Convergent Design Method dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif secara serentak. Data dikumpul melalui soal selidik atas talian yang mengandungi 94 item soalan tertutup dan empat item soalan terbuka yang diubahsuai dan diuji kesahan serta.....