AbstractKajian ini bertujuan untuk menentukan tahap literasi geografi aras rendah mahasiswa pendidikan geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan ujian literasi geografi aras rendah. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis regrasi. Dapatan kajian ini menunjukkan literasi geografi aras rendah dalam kalangan mahasiswa pendidikan geografi di UPSI adalah berada di tahap yang sederhana (51.74%). Dapatan daripada analisis regrasi pula menunjukkan bahawa pembolehubah X7 iaitu kekerapan membaca buku mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan tahap literasi geografi dalam kalangan responden. Buktinya, bagi setiap 0.137 kali peningkatan kekerapan membaca buku dalam setahun menentukan tahap literasi geografi dalam kalangan responden. Dapatan daripada kajian ini penting dalam menunjukkan tahap literasi geografi dalam kalangan bakal guru yang akan ditempatk.....