UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Md Nor Nik Norliati Fitri Ghazali Suriati |
1 | 2016 article | Peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua Melayu di luar bandar : kajian kes di daerah Jerantut, Pahang Md Nor Nik Norliati Fitri, Ghazali Suriati, Taraf kesihatan yang semakin baik membawa kepada meningkatnya jangka hayat dan bilangan warga tua di Malaysia. Artikel ini meninjau tentang satu aspek spesifik berkaitan pengaturan kehidupan warga tua Melayu, iaitu kecenderungan memilih untuk tinggal dengan anak lelaki berbanding tinggal dengan anak perempuan. Dengan menggunakan kawasan luar bandar dan pinggir bandar di daerah Jerantut, Pahang sebagai kajian kes, artikel ini akan mengkaji peranan anak lelaki sebagai penjaga utama warga tua, terutama warga tua yang uzur dan terlantar sakit; dan juga anak lelaki sebagai sumber kewangan yang diharapkan oleh warga tua. Kajian ini melibatkan 54 warga tua Melayu yang berumur 60 tahun dan ke atas terdiri daripada pelbagai latar belakang ekonomi. Warga tua yang tinggal bersama anak lelaki berkahwin, sama ada tinggal di rumah mereka (warga tua) atau berhijrah ke rumah anak lelaki mereka, akan dipilih sebagai responden kajian. Maklumat telah dikumpul menggunakan borang kaji selidik dan dianalisi..... 1446 hits |