AbstractKajian ini memfokuskan tentang aplikasi pedagogi tubuh dalam pengajaran dan pembelajaran
Tari Tradisional Melayu di UPSI. Untuk itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti
tahap kesediaan pelajar, menjelaskan keberkesanan kaedah pembelajaran dan tahap
penerimaan pelajar melalui kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah dalam Pdp
secara atas talian bagi kursus ADP3043 Tari Tradisional Melayu. Kajian ini bersifat kuantitatif
dengan menggunakan kaedah sumber primer iaitu pemerhatian secara langsung dengan
melibatkan borang soal selidik sebagai instrument kajian dan membuat rujukan melalui
pembacaan bahan sekunder. Sebanyak 21 orang responden termasuk pelajar yang telah terlibat
dalam kajian ini. Oleh itu, data-data yang dikumpulkan dari hasil soal selidik akan dianalisis
menggunakan perisian IBM SPSS V29. Kajian ini adalah penting untuk memahami kaedah
yang digunakan oleh pensyarah untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang mungkin
menjejaskan atau memyukarkan .....