UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 1
Simplified search suggestions : Mohamed Isa Zainiah Abdul Hamid Nur Asiah
12012
article
Peranan ibu bapa dalam memastikan pencapaian literasi kanak-kanak prasekolah semasa berada di rumah
Mohamed Isa Zainiah, Abdul Hamid Nur Asiah,
Kajian ini dijalankan bagi menentukan hubungan antara aktiviti literasi yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah dengan pencapaian literasi anak-anak mereka. Kajian ini memberi tumpuan kepada aktiviti membaca bersama, menyediakan bahan bacaan dan juga tempat membaca bagi kanak-kanak prasekolah semasa mereka berada di rumah. Seramai 80 orang kanak-kanak dan ibu bapa mereka telah dipilih sebagai sampel kajian. Data diproses menggunakan perisian SPSS bagi menganalisis, peratusan, dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan terhadap pembolehubah-pembolehubah yang diuji. Dapatan bagi aktiviti membaca bersama r=.018, p > .05, menyediakan bahan r=.035, p > .05, dan tempat membaca r=.007, p>0.05. Keseluruhan analisis kajian tidak menunjukkan hasil yang menggalakkan. Pengkaji mencadangkan agar ibu bapa diberikan bimbingan keibubapaan untuk mendidik anak-anak di rumah dengan lebih efektif supaya kanak-kanak mendapat faedah pendidikan samada di rumah mahu pun di sekolah...

2284 hits

Filter
article ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Mohamed +Isa +Zainiah +Abdul +Hamid +Nur +Asiah




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.