UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan pengajaran terus nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah bagi tujuan penerapan patriotisme dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif (selain buku teks) dan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks. Reka bentuk kajian ini adalah eksperimen kuasi dengan menggunakan dua kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Sejumlah 355 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah dalam satu daerah di Johor telah dipilih sebagai sampel kajian. Kumpulan I (KE I) telah diberikan rawatan pengajaran sejarah dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif (selain buku teks), kumpulan II (KE II) diberikan rawatan pengajaran sejarah dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks, dan kumpulan III berfungsi sebagai kumpulan kawalan (KK). Data telah diperoleh dengan menggunakan Soal Selidik Patriotisme Terhadap Negara yang dibina oleh penyelidik untuk mengukur tiga aspek patrio.....
Thesis Published 2006 1843 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap keberkesanan pelaksanaan pengajaran  PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Kota Kinabalu, Sabah. Dalam menentukan tahap keberkesanan  pelaksanaan ini, peranan dan penglibatan guru, kurikulum dan kandungan pelajaran PJK, falsafah dan  objektif pelajaran PJK serta penggunaan masa pengajaran PJK dijadikan asas kajian. Kajian ini  dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh Piscopo di empat belas (14) buah  sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Responden dalam kajian ini terdiri 80 orang guru,  yang mengajar PJK. Soal selidik digunakan bagi tujuan mengumpul data. Data dianalisis menggunakan  statistik diskriptif. Bagi mendapat kekerapan dan peratusan data diproses menggunakan perisian  SPSS. Keputusan menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan pengajaran PJK di sekolah-sekolah berkenaan  adalah pada tahap yang "sederhana". Secara keseluruhannya implikasi dari kajian ini menunjukkan  t.....
Thesis Published 2007 2112 hits Available
3
Abstract
Diskalkulia merupakan salah satu masalah pembelajaran dalam Matematik. Murid diskalkulia ini menghadapi isu berkaitan dengan nombor dan simbol. Oleh itu, kajian sorotan sistematik literatur ini bertujuan untuk menganalisis kajian lepas yang mengkaji strategi yang digunakan dalam menangani masalah pembelajaran diskalkulia. Dua pangkalan data iaitu SCOPUS dan Web of Science (WoS) digunakan untuk mencari artikel dari tahun 2019 hingga tahun 2022. Sebanyak 374 artikel yang menggunakan kata kunci strategi dan diskalkulia telah dijumpai namun hanya 15 sahaja artikel dikenal pasti yang memenuhi syarat dan diterima dalam kajian ini. Bagi memastikan kajian ini dijalankan dengan sistematik, kajian ini menggunakan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Kajian ini mengandungi dua persoalan kajian iaitu apakah ciri-ciri kajian empirikal serta strategi yang bersesuaian untuk digunakan dalam menangani masalah pembelajaran diskalkulia. Terdapat 12 negara yang tela.....
Article Published 2023 864 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.