UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesediaan, penerimaan dan pengoperasian guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) terhadap amalan dalam PBS di sekolah kebangsaan negeri-negeri di zon selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan bagi mengumpul data. Sampel kajian adalah seramai 275 orang guru yang terdiri daripada guru yang mengajar murid tahun 4, 5 dan 6 dari 275 buah sekolah yang telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang terdiri daripada 12 item yang telah dibina dan melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan. Analisis yang digunakan dalam kajian ini ialah kekerapan dan peratusan, ujian kore.....
Thesis Published 2019 2805 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri dalam kalangan kanakkanak prasekolah mengikut perspektif ibu bapa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kaedah kajian tinjauan. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah, iaitu seramai 333 orang yang terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak prasekolah di lima buah sekolah di daerah Klang. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Data dianalisa dan dihuraikan berdasarkan kekerapan dan peratus.  Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan kebersihan diri ialah tahap bagus, manakala sikap terhadap kebersihan diri ialah tahap sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi pengetahuan dan kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga dalam amalan kebersihan diri supaya kanak-kanak terhindar daripada penyakit dan kanak-kanak lebih sihat dan bersih.  ..
Article Published 2020 1159 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dilaksanakan bagi tujuan meninjau tahap pengetahuan, sikap dan amalan, perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan mengikut jantina anak dan hubungan antara pengetahuan dengan sikap, pengetahuan dengan amalan dan sikap dan amalan berkaitan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut perspektif ibu bapa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu jenis kajian tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak prasekolah di beberapa beberapa buah sekolah di daerah Klang. Pemilihan sekolah dilaksanakan secara rawak mudah dan kesemua ibu bapa di sekolah tersebut terlibat untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang mempunyai kesahan (CVI > 0.90) dan kebolehpercayaan(nilai pekali alpha: 0.45-0.80) yang baik. Data dianalisis dan dihuraikan berdasarkan peratusan, kekerapan,mod, ujian t dan ujian korelasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (71.9%) dan s.....
Thesis Published 2021 2435 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.