UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengetengahkan penggiat seni ukiran kayu kontemporari iaitu Abd. Muhaimin Bin Hasbollah yang telah banyak memberi sumbangan dalam mengharumkan nama negara. Ia juga dapat dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah kepada peminat seni ukiran kayu tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat serta mengkaji keunikan yang terdapat dalam ukirannya. Selain itu, kajian ini juga penting demi kelangsungan seni ukiran kayu kontemporari oleh generasi akan datang serta dapat mengetengahkan keistimewaan ukirannya kepada bakat-bakat baru dalam bidang seni ukiran kayu agar mereka menjadikan beliau teladan dan juga sumber rujukan. Objektif kajian adalah untuk menggalur kehidupan penggiat seni ini, mengenal pasti nilai estetika dan ciri-ciri identiti pada hasil seni ukiran kayu kontemporari tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif berdasarkan pemerhatian, temu bual dan dokumentasi bagi melengkapkan pengumpulan data. Dapatan kajian menunjuk.....
Thesis Published 2020 3522 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai Pelaksanaan Kurikulum Keusahawanan di Kolej Komuniti berasaskan Model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP) dengan memberi fokus kepada aspek kepentingan kurikulum, objektif, struktur penyampaian, pentaksiran, isi kandungan, bahan PdP, kemudahan prasarana, proses PdP, kefahaman, motivasi dan kesediaan pelajar menjadi usahawan. Kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data persepsi pelajar daripada lapan buah Kolej Komuniti Kluster 1 mengenai pelaksanaan Kurikulum Keusahawanan. Seramai 416 orang pelajar telah terpilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak mudah. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Analisis Faktor Pengesahan (Confirmatory Factor Analysis, CFA) dan Pemodelan Persamaan Berstruktur (Structural Equation Modeling, SEM) dengan menggunakan perisian IBM SPSS-AMOS versi 24.0. Dapatan kajian de.....
Thesis Published 2024 745 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.