UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian kualitatif ini bermatlamat untuk memahami pelaksanaan pendekatan didik hibur berasaskan program nyanyian lagu nasihat ke arah pembentukan sahsiah baik murid di Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh, Perak. Reka bentuk pendekatan kajian kes digunakan dalam penyelidikan bagi meneroka pengalaman sebenar daripada perspektif peserta dengan penumpuan lebih daripada satu kes. Bagi tujuan itu, Teori Pelaziman Operan digunakan untuk memahami konsep pembentukan sahsiah murid di lapangan. Sejumlah 12 orang yang terdiri daripada dua orang pentadbir sekolah, empat orang guru, dan enam orang murid telah bersetuju untuk menjadi peserta kajian. Selain temu bual, proses pemerhatian dan analisis dokumen turut dijalankan bagi menyokong kesahan data kajian menerusi triangulasi. Seterusnya, pendekatan analisis tematik oleh Braun dan Clarke digunakan untuk mengekod dapatan temu bual. Proses interpretasi pula dilakukan terhadap perolehan pemerhatian bagi menyokong maklumat temu bual peserta. Manfaat daripad.....
Thesis Published 2025 262 hits Available
2
Abstract
Penyelidikan ini difokuskan untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur-unsur gaya kewartawanan baru  (new journalism) dan sejauh manakah unsur-unsur itu bersifat estetik sastera dalam novel Imam yang  menjadi fokus kajian. Kajian ini juga bertujuan meneliti bagaimana enam ciri gaya kewartawanan baru  (new journalism) atau faction diterapkan serta apakah kesan penerapan dan penggunaannya dalam  kreativiti Abdullah Hussain. Penyelidikan ini dibahagikan kepada lima bab. Bab pertama merupakan  bahagian pengenalan yang membicarakan pernyataan kajian, bidang kajian, objektif kajian,  kepentingan kajian, kajian berkaitan, kaedah kajian, dan pendekatan kajian. Dalam bab kedua puia,  membincangkan sejarah kemuncuian dan perkembangan teori new journalism, tokoh-tokoh dan pengasas,  kontroversi di sekitar gaya kewartawanan baru, definisi gaya kewartawanan baru, ciri-ciri gaya  kewartawanan baru, perbezaan gaya kewartawanan baru dan non-fiction novel, Kedudukan dan pengaruh  fak.....
Thesis Published 2010 44 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.