UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

1
Abstract
Tujuan  kajian  ini  ialah  untuk  mengenalpasti  pengaruh  empati  terhadap  sikap  guru disiplin dalam pengurusan kes buli di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur yang  meliputi Daerah Keramat, Sentul dan Bangsar. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai  181 orang guru disiplin telah dipilih sebagai responden daripada  22  buah  sekolah  yang   dikategorikan  sebagai  ‘Hot  Spot  Schools’.  Sampel kajian  telah  dipilih  menggunakan  kaedah   pensampelan  rawak  berstrata.  Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal-selidik  yang  ditadbir kepada  guru disiplin. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens  seperti peratus,  min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi. Secara keseluruhannya,  responden bersetuju (M = 3.84; SP = 0.55)  bahawa   mereka memiliki sifat empati dari aspek kognitif. Dari konteks afektif  pula, responden agak bersetuju (M=3.55, SP = 0.68) bahawa mer.....
Thesis Published 2020 3735 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.