UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Objektif  kajian ini ialah untuk  menganggarkan  kadar pulangan  pelaburan  dalam pendidikan  bagi   guru. Selain  daripada  itu, objektif  kajian  ini  juga  ialah  untuk mengenal pasti insiden  terlebih dan terkurang pendidikan dalam kalangan guru. Reka bentuk  kajian  ialah  kajian   kuantitatif  iaitu  maklumat  dikumpulkan  dengan menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri  daripada seramai 400 guru tetap yang berkhidmat  di sekolah  rendah  dan menengah  di Alor Setar,   Kedah.  Persamaan Pendapatan  Mincer  (1974)  digunakan  untuk  menganggarkan  kadar  pulangan  pelaburan dalam pendidikan bagi guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata kadar pulangan  pelaburan dalam pendidikan bagi setahun persekolahan untuk guru yang terlibat dalam kajian ini  ialah 8.6%.  Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud insiden terlebih dan terkurang pendidikan  dalam kalangan guru di negara kita. Guru yang berkelayakan sarjana berp.....
Thesis Published 2014 184 hits Available
2
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan modul tatabahasa khusus untuk kelas bercantum, yang menjadi cabaran utama guru Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Utara Malaysia. Modul Pengajaran Tatabahasa Kelas Bercantum DELIMa 2.0 (TaBaTKeB) dibangunkan berasaskan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) dengan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pembangunan modul ini berpandukan Model Pembinaan Modul Sidek, Model Rosset dalam fasa analisis keperluan, serta Model Kebolehgunaan Produk (CUE) dalam fasa penilaian. Fasa analisis keperluan melibatkan lapan orang guru melalui temu bual separa berstruktur dan pemerhatian PdPc yang dianalisis menggunakan perisian N-vivo 15. Dapatan menunjukkan ketiadaan modul khusus serta cabaran signifikan dalam pengajaran tatabahasa di kelas bercantum. Fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan 18 orang pakar melalui Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang mencapai konsensus dengan nilai Threshold (d) < 0.2, peratus kesepakatan > 75% .....
Thesis Published 2025 167 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.