AbstractKajian ini bertujuan menganalisis kehalusan budi berkaitan dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan kepimpinan. Kehalusan budi juga dimaksudkan ketika berhubung dengan makhluk selain manusia dan dengan Allah S.W.T. Analisis berdasarkan lima buah puisi tradisional Raja Ali Haji iaitu Syair Abdul Muluk, Gurindam Dua Belas, Thamarat al-Muhimmah, Tuhfat al-Nafis, dan Syair Sinar Gemala Mestika Alam. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori semiotik janaan Charles Sanders Peirce dan juga teori pragmatik untuk mendapatkan makna teks berdasarkan kualiti fikiran, perasaan, idea, sifat, sikap, dan perilaku yang menjadi indeks kehalusan budi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa karya Raja Ali Haji mengandungi kualiti kehalusan budi yang bersesuaian dengan ajaran agama Islam. Berdasarkan teori semiotik, kehalusan budi dalam karya Raja Ali Haji terdiri daripada empat. Pertama, qualisign ikonik rhematik iaitu kualiti sedia ada pada individu yang memiliki kehalusan budi. Kedua, sins.....