AbstractKajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kursus (MPU) Pengajian Islam
Politeknik Malaysia berdasarkan model CIPP. Fokus kajian ini adalah: kerelevanan
antara objektif kursus (MPU) dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Islam, penilaian pelaksanaan kursus MPU dari aspek; kompetensi
pensyarah, modul, infrastruktur, pelaksanaan amalan (P&P), produk; impak,
keberkesanan, kemampanan dan kebolehpindahan. Rekabentuk kajian adalah kaedah
kuantitatif disokong oleh kualitatif menggunakan instrumen soal selidik pelajar,
pensyarah dan temu bual. Seramai 202 orang pensyarah dan 353 orang pelajar terlibat
dalam kajian ini. Analisis dokumen digunakan untuk melihat kerelevanan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam dengan objektif kursus (MPU)
melalui nilai pekali persetujuan Cohen Kappa. Data kuantitatif dianalisis secara
deskriptif menggunakan SPSS manakala data kualitatif dianalisis secara manual.
Analisis PLS-SEM digunakan untuk meliha.....