AbstractKajian ini bertujuan untuk menilai kesan interaksi penggunaan pelantar Google+
dengan pendekatan model adaptasi kitaran proses pembelajaran berorientasi inkuiri
terbimbing (POGIL) agar murid dapat menguasai kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Model ini melibatkan tiga fasa aktiviti pembelajaran iaitu fasa pengenalan,
fasa konsep dan fasa peneguhan manakala lima stesen pembelajaran iaitu stesen
penglibatan, stesen penerokaan, stesen pembentukan, stesen mengaplikasi dan stesen
refleksi. Kitaran POGIL ini mengandungi aktiviti pembelajaran bagi subjek matematik
dengan tajuk pola dan urutan nombor untuk murid tingkatan dua. Pendekatan kuantitatif
dengan reka bentuk kuasi eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan
sampel mudah secara rawak melibatkan 60 orang murid tingkatan dua dengan 30 orang
responden kumpulan rawatan dan 30 orang responden kumpulan kawalan. Instrumen
kajian ini terdiri daripada soal selidik dan ujian pencapaian. Data dianalisis dengan
menggu.....