UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 9 |
1 | 2017 Thesis | Konsep dan pelaksanaan upah simpan dalam Skim Ar-Rahnu di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Anisah Nasib Kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep upah menurut perspektif fiqh serta pelaksanaan dan amalan Skim Ar-Rahnu di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menganalisis instrumen penetapan kadar upah simpan ditetapkan dalam skim Ar-Rahnu di YaPEIM serta menilai pelaksanaannya sama ada menepati kehendak syariah sepenuhnya atau sebaliknya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunapakai tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa jumhur ulama membenarkan pengambilan upah dalam sebarang pekerjaan atau perkhidmatan yang tidak bercanggah dengan hukum syarak termasuklah ar-rahnu. Selain itu, kajian mendapati skim ar-Rahnu di YaPEIM menggunakan tiga instrumen utama dalam pelaksanaannya iaitu ar-rahnu, al-qard dan al-wadi’ah yad dhamanah. Manakala pengambilan caj upah simpan yang dikenakan kepada para penggadai adalah berdasarkan prinsip..... 992 hits |
2 | 2001 Conference Item | Pemikiran sasterawan negara Keris Mas dalam menembusi psikologi cerpen-cerpen terakhir Hassan Mohamad Mokhtar, Dalam laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1981 sempena penganugerahan Sasterawan Negara kepada Kamaludin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Keris Mas, telah memperakukan bahawa "cerpen-cerpen Keris Mas bukan sahaja memperlihatkan daya seni dan kreatifnya tetapi juga watak peribadi seorang nasionalis yang berjuang menghapuskan kejahilan, kekolotan dan khurafat; seorang pejuang keadilan sosial dan penentang feudalisme; dan seorang pembela nasib orang bawahan terutama golongan buruh dan tani. Sebagai seorang penulis yang percaya kepada seni untuk masyarakat, tematema ini semua dibawakan dalam cerpen-cerpennya".' Ternyata tanggapan . panel itu lebih jelas dikemukakan berdasarkan cerpen-erpen Keris Mas yang dihasilkan sehingga tahun 1960-an, iaitu bermula dengan cerpen "Wasiat Orang Bangsawan" (Suluh Malaya, 1 Jun 1946) sehingga cerpen yang dihasilkannya pada tahun 1960-an, iaitu "Salah Pimpin" (Ufusan Pemuda, 6 Ogos 1960). Pada hakikatnya Keris Mas sudah mula menulis sejak tahun 1938 l..... 1710 hits |
3 | 2001 Conference Item | DPMP: wadah perjuangan penulis Pahang Syed Abdullah Syed Ahmad, DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C..... 2058 hits |
4 | 2016 Thesis | Citra dan status dalam novel-novel terpilih M. Ramaiah Magaswari Eliyarni Subramaniam Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis citra wanita, kedudukan citra wanita dan menganalisis citra perjuangan watak wanita dalam tujuh buah novel terpilih M.Ramaiah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Jenis citra wanita dikenal pasti mengikut teori A. Wahab Ali dan Ungku Maimunah Mohd Tahir. Kedudukan dan perjuangan wanita dikenal pasti mengikut teori femenisme Naomi Wolf. Kajian berasaskan A. Wahab Ali, mendapati 20 peratus watak wanita moden, 32.73 peratus watak wanita transisi dan 47.27 peratus watak wanita tradisi. Disambing itu, kajian berasaskan Ungku Maimunah Mohd Tahir menunjukkan 47.27 peratus watak wanita positif, 18.18 peratus watak wanita negatif, 23.64 peratus wanita tragis dan 10.91 peratus watak wanita tidak jelas dalam novelnovel tersebut. Dapatan kedua menunjukkan bahawa 8 peratus wanita adalah mangsa feminisme, 58 peratus wanita adalah feminis yang berkuasa, 30 peratus wanita adalah mempunyai kedua-dua ciri tersebut dan 4 peratus ti..... 2023 hits |
5 | 2019 Article | Kesedaran kebangsaan nasionalis kiri Melayu: satu pengenalan Wan Noorlizawati Wan Mat Ali Makalah ini membincangkan kesedaran kebangsaan golongan rakyat di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua khususnya dengan kemunculan PKMM. Mereka menjadi satu gerakan yang dinamik dan tidak tertakluk kepada kerangka politik Melayu tradisional. PKMM dianggap sebagai golongan radikal dalam politik Tanah Melayu. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan maklumat berkenaan gerakan kiri dan faktor yang mempengaruhi gerakan kesedaran ini dicerap dari dokumen, buku, akhbar, majalah serta artikel yang berkaitan. Sumber-sumber ini dianalisis untuk menghasilkan artikel ini. Hasil kajian memperlihatkan golongan nasionalis kiri Melayu berjuang untuk membela nasib masyarakat Melayu yang semakin jauh ketinggalan berbanding golongan imigran dan secara terbuka menuntut kemerdekaan. Kesedaran golongan ini banyak dipengaruhi oleh semangat yang dicetuskan oleh negara luar seperti India, Timur Tengah dan juga Indonesia di samping peranan akhbar. Secara ringkasnya pengaruh luar melahirkan kesedaran dalam kal..... 937 hits |
6 | 2019 Thesis | Puteh Mariah tokoh politik wanita pejuang kesedaran kemerdekaan 1946-1957 Mohamed Jefferi Mat Lazim Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Puteh Mariah sebagai tokoh politik wanita yang
berjuang membawa kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu sekitar tahun 1946 hingga 1957. Kajian ini
menilai ketokohan, perjuangan dan peranan beliau dalam memberi kesedaran kepada kaum wanita dan
orang Melayu bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Kajian ini mengetengahkan ketokohan beliau
sebagai seorang ahli politik dan menilai perjuangan beliau dari aspek politik, pendidikan, sosio
ekonomi dan kebajikan orang Melayu. Sumber primer dan sekunder digunakan termasuk temubual bersama
anaknya dan rakan seperjuangannya. Dapatan temubual menunjukkan beliau seorang tokoh politik yang
komited dalam perjuangan membela nasib orang Melayu. Puteh Mariah adalah Ketua Kaum Ibu UMNO yang
pertama namun tidak dikenali jika dibandingkan dengan Ketua Kaum Ibu UMNO yang lain. Beliau aktif
berjuang dan sumbangan terhebat Puteh Mariah adalah kejayaan beliau membawa kese..... 4167 hits |
7 | 2021 Article | Kehidupan gelandangan bekas banduan dari perspektif Ekologi: kajian kes di Chow Kit, Kuala Lumpur Mohd Alif Jasni Penumpuan gelandangan bekas banduan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur telah menarik minat dan menjadi keingintahuan pengkaji untuk meneroka kehidupan mereka dari perspektif ekologi. Dengan menggunakan Teori Ekologi Manusia, kehidupan jalanan golongan bekas banduan diteroka. Sebuah kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif telah dilakukan ke atas 15 orang gelandangan bekas banduan yang berada di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Maklumat kajian diperoleh dengan menggunakan teknik temu bual mendalam dan data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Altas.Ti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat tema ditemui yang berkait dengan faktor persekitaran iaitu tiada sistem sokongan, tiada peluang untuk mengubah nasib, tiada harapan dan motivasi dan perjalanan hidup yang kompleks. Keempat-empat tema tersebut menjelaskan bahawa wujudnya hubungan yang tidak harmoni di antara responden kajian dengan sistem-sistem di persekitarannya yang mengehadkannya untuk memperoleh ku..... 445 hits |
8 | 2022 Thesis | Penciptaan muzik program Timang Xekory berdasarkan perjalanan ritual Timang Tuah masyarakat Iban Laura Prati Ak Tutom @ Laura Pranti “Timang XekorY” adalah sebuah karya cipta komposisi Muzik Program. Ia berasal dari perkataan Timang, “garis X dan Y” dan kata “ekor” dari perkataan nombor ekor. Timang merupakan upacara ritual masyarakat Iban yang tertinggi “menjemput Petara (Dewa dan Dewi)” melalui nyanyian teks untuk mendapat tuah. Kini, ritual Timang Tuah tidak lagi menjadi amalan utama mereka kerana kurangnya minat generasi muda Iban dan fungsi ritual tersebut. Ini disebabkan teks nyanyian yang sukar difahami dan monotoni. Karya ini bertujuan untuk menggambarkan perjalanan spiritual Timang Tuah melalui penggabungan elemen muzik Barat dan muzik tradisional Iban. Disamping itu, untuk memberi pemahaman kepada generasi muda yang tidak berminat terhadap pentingnya upacara ritual ini dan untuk menghindari daripada kepupusan. Penghasilan karya ini dimulakan dengan pemerhatian di tempat ritual itu diadakan dan temu bual bersama golongan orang tua dan Ketua Masyarakat Iban serta Lemambang (Tukang Timang) yan..... 731 hits |
9 | 2023 Thesis | Loteri UMNO Malaya 1953-1969 Abu Hanifah Jamil Kajian berhubung Loteri UMNO Malaya ini bertujuan untuk menganalisis tentang
perkembangannya sepanjang tempoh 1953 sehingga 1969. Ia menghuraikan tentang
tujuan penubuhan Loteri UMNO Malaya dan kepentingannya kepada perjuangan
UMNO dalam memperbaiki keadaan kewangan masyarakat Melayu pada tahun
1950-an sehingga 1960-an. Pelaksanaan Loteri UMNO Malaya berkonsepkan
kebajikan bertujuan untuk membela nasib golongan yang mempunyai masalah dan
kesempatan hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan
mengaplikasikan metodologi kajian sejarah. Sehubungan itu, ia menggunakan
sumber primer dan sekunder secara meluas. Sumber primer yang digunakan adalah
fail, dokumen, surat-menyurat, majalah serta akhbar yang diterbitkan sepanjang
tempoh kajian. Sumber primer ini diteliti, disaring dan dianalisis bagi mendapatkan
maklumat tepat berhubung perkembangan yang terjadi. Kajian ini memperlihatkan
bahawa perkembangan sejarah sosial dalam masyarakat Melayu pada pertengahan
abad ke-2..... 540 hits |