AbstractKajian deskriptif ini bertujuan menilai pelaksanaan Program NILAM menggunakan
empat dimensi penilaian Model Penilaian KIPP (KIPP) Sutfflebeam, iaitu dimensi
konteks, proses, input dan produk. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan telah
dijalankan dengan melibatkan l65 responden dari lima buah sekolah di Daerah
Muallim, Perak. Analisis deskriptif dan inferens digunakan dalam menganalisis borang
kaji selidik guru program Nilam. Dapatan kajian mendapati bahawa persepsi guru
terhadap perlaksanaan program bagi kesemua dimensi penilaian adalah pada tahap yang
tinggi dan menunjukkan pelaksanaan program nilai adalah baik (dimensi penilaian
konteks (min= 4.16), input, (min = 3.83), proses (min =3.35) dan produk (min = 4.05).
Bagi analisis regrasi pula, hubungan antara dimensi didapati sederhana bagi penilaian
(i) dimensi konteks dengan input, r = 0.538, (ii) penilaian dimensi konteks dengan
produk, r = 0.562, (iii) dimensi input dengan proses, r = 0.562, (iv) dimensi input
d.....