AbstractKajian ini bertujuan menganalisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau
dalam kalangan pelajar tingkatan empat berdasarkan aliran pelajar dan lokasi sekolah dalam
daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan
telah digunakan dalam kajian ini. Dua set instrumen kajian; soal selidik dan soalan objektif
beraneka pilihan ini juga telah melalui proses pengesahan menggunakan darjah persetujuan
pakar manakala kajian rintis juga dijalankan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan.
Kedua-dua nilai yang dicatatkan berada dalam keadaan baik dan diterima untuk kajian sebenar.
Pemilihan subjek kajian dijalankan secara rawak melibatkan 410 orang pelajar tingkatan
empat daripada pelbagai aliran; sains dan bukan sains dan lokasi sekolah. Data
dianalisis dengan menggunakan analisis de.....