UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nor Najiyah Ghazali |
1 | 2014 thesis | Kesan penggunaan buku bersiri Luqman al-Hakim terhadap perlakuan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah Nor Najiyah Ghazali Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan buku bersiri Luqman Al-Hakim melalui teknik penceritaan terhadap pembentukan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tiga aspek perlakuan yang difokuskan ialah nilai beriman, bersyukur dan pembalasan. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental melibatkan ujian, pemerhatian dan temu bual. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang kanak-kanak prasekolah berumur enam tahun yang terdiri daripada dua buah kelas di sebuah tadika. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kajian telah dijalankan selama enam minggu meliputi pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta proses penceritaan menggunakan buku bersiri Luqman Al-Hakim. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi perlakuan nilai akidah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan manakala data kualitati..... 1686 hits |