UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina model pengajaran kemahiran menulis berdasarkan teori konstruktivisme. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengenal pasti amalan pengajaran guru, meneroka pengetahuan guru berkaitan penggunaan teori konstruktivisme dalam pengajaran karangan dan mengenal pasti ciri-ciri konstruktivisme dalam pengajaran kemahiran menulis karangan. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah fenomenologikal. Kajian ini dilaksanakan sebanyak dua fasa yang setiap satu fasa dibahagikan kepada dua peringkat. Setiap satu peringkat dalam kajian ini akan menjawab soalan kajian yang ditetapkan. Pemilihan peserta kajian berdasarkan kaedah peserta bertujuan yang melibatkan tiga orang guru Bahasa Melayu tingkatan dua yang mengajar di sebuah daerah di Papar Sabah. Enam instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu senarai semak, nota lapangan, rancangan pengajaran harian guru, refleksi pengajaran guru dan transkripsi temu bual dan rakaman video. Data diana.....
Thesis Published 2017 2683 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar TMUA sebelum, semasa dan selepas menghafaz al-Quran, menganalisis perbezaan perlaksanaan amalan murajaah berdasarkan demografi serta mengkaji hubungan amalan murajaah dengan pencapaian hafazan al-Quran pelajar berdasarkan teori al-Qabisi. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi pengedaran soal selidik kepada seramai 230 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan dua dan empat yang dipilih secara rawak daripada sebuah sekolah berasrama penuh beraliran Tahfiz Model Ulul Albab di Selangor. Soal selidik dengan skala likert lima mata telah digunakan dan data kajian telah dianalisis secara deskriptif menerusi min, ujian-T dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan nilai min tahap persediaan pelajar sebelum dan semasa menghafaz al-Quran berada pada tahap tinggi iaitu min 2.77 (.428) dan 2.70 (.468). Manakala dapatan kesediaan pelajar selepas menghafaz al-Quran melalui amalan murajaah juga berada pada tah.....
Thesis Published 2021 3417 hits Available
3
Abstract
Malaysia terdiri daripada masyarakat pluralistik, yang berbeza dari aspek agama, bangsa dan budaya, justeru memerlukan kepada suatu wadah dalam kalangan masyarakat. Dalam hal ini, dialog dilihat sebagai wadah yang efektif bagi membina persefahaman dan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat negara ini. Al-Quran dan Hadis Nabi SAW jelas membuktikan bahawa pendekatan dialog merupakan antara pendekatan dakwah yang paling efektif yang dilakukan oleh para Rasul kepada bukan Muslim. Dalam berdialog, seorang pendakwah perlu membina hubungan dengan menampilkan akhlak terpuji atau Daᶜwah Bil Hal, ditambah dengan menggunakan metode al-hikmah dalam berdialog sepertimana yang diaplikasikan oleh para rasul. Dengan demikian, artikel ini akan membincangkan konsep Daᶜwah Bil Hal Nabi Muhammad SAW melalui pendekatan dialog yang boleh dijadikan panduan para pendakwah. Metodologi kajian ini menggunakan kajian kualitatif iaitu dengan menganalisis teks-teks Hadis Nabi SAW yang telah terpilih yang ber.....
Article Published 2021 731 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.