AbstractPendidikan adalah medium terbaik untuk menyebarluaskan konsep pendidikan pembangunan lestari (education for sustainable development, ESD) kepada masyarakat umum. Sebahagian besar program kesedaran alam sekitar pada masa kini menyasarkan kesedaran dalam aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial ke arah kehidupan yang lebih lestari. Di Malaysia, misalnya, Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah diperkenalkan bagi tujuan tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kesedaran ESD ibu bapa/ penjaga di bandar dan luar bandar dengan anak dan sebaliknya. Sejumlah 243 pelajar dan 243 ibu bapa/ penjaga yang terlibat dengan Program SLAAS menjadi sumber data primer analisis. Hasil kajian mendapati tingkah laku ESD ibu bapa atau penjaga di bandar adalah lebih baik berbanding dengan luar bandar. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan Program SLAAS dan pengetahuan kandungan ESD pelajar dengan pengetahuan ESD ibu bapa / penjaga. Sebaliknya.....