UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan kecenderungan keusahawanan pelajar dari tiga buah sekolah menengah harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Secara khususnya, kajian berbentuk kuantitatif ini mengkaji pengaruh pemboleh ubahpemboleh ubah tidak bersandar iaitu ciri-ciri peribadi pelajar, hal berkaitan keluarga, hal berkaitan sekolah, pengaruh individu, dan pengalaman bekerja pelajar terhadap lima ciri kecenderungan keusahawanan iaitu keinginan untuk mencapai kejayaan, kreativiti dan inovasi, kawalan lokus dalaman, mengambil risiko terencana, dan keinginan autonomi. Seramai 300 orang pelajar Tingkatan Tiga dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data dibentuk berdasarkan kepada Entrepreneurial Attitude Orientation (Robinson et al.0 1991), General Enterprising Tendency Test (1988) dan Gray (1989). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri kecenderungan keusahawanan dengan ja.....
Thesis Published 2013 722 hits Available
2
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji amalan pengurusan sekolah dan tahap motivasi guru sebagai perantara terhadap tahap penguasaan murid di kluster Sekolah Amanah di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh amalan pengurusan berdasarkan Standard Amalan Sekolah Amanah terhadap motivasi guru dan tahap penguasaan murid Sekolah Amanah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 209 guru dari 14 buah Sekolah Amanah kohort 2016 seluruh Malaysia terlibat dalam kajian ini. Analisis Faktor Penerokaan (EFA) digunakan untuk pengurangan data dan pengesanan struktur bagi setiap pemboleh ubah. Perisian Partial Least Square- Structural Equation Modelling (PLS- SEM) dan statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan amalan pengurusan sekolah berdasarkan Standard dan Amalan Sekolah Amanah berada pada tahap tinggi iaitu pada nilai purata skor 4.25. Taha.....
Thesis Published 2023 1009 hits Limited

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.