AbstractKajian ini bertujuan untuk membina dan menghasilkan satu instrumen bagi menilai
ciri-ciri kepimpinan guru dan mengesahkan instrumen yang dibina. Model pembinaan
instrumen Miller, Lovler, dan McIntire (2013) diadaptasi sebagai landasan panduan
dalam proses membina instrumen dengan membahagikan kepada tiga fasa utama.
Fasa yang pertama melibatkan proses pembentukan konstruk dan pembinaan item.
Fasa ini menggunakan analisis tinjauan literatur sistematik yang melibatkan elemen
komitmen guru, kompetensi guru dan kecerdasan emosi berkaitan kepimpinan guru
dengan bersandarkan Teori Komitmen Guru Firestone dan Rosenblum (1988), Teori
Kompetensi Spencer dan Spencer (1993) dan Teori Kecerdasan Emosi Goleman
(1995). Manakala Teori Kepimpinan Guru Katzenmeyer dan Moller (2009) dan
Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan dijadikan sebagai garis panduan
dalam perincian penyataan prestasi yang patut dicapai oleh guru. Sebanyak 110 item
dibina berdasarkan proses konseptualisasi, opera.....