AbstractAmalan lompat parti telah lama berakar umbi dalam politik Malaysia dan semakin
kerap berlaku sehingga kini. Namun, kesedaran masyarakat terhadap isu ini masih lagi
sederhana. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mengkaji tahap kefahaman mahasiswa
terhadap amalan lompat parti yang berlaku di Malaysia dengan mengenal pasti tahap
kefahaman mahasiswa terhadap amalan lompat parti di Malaysia, mengkaji faktorfaktor
yang mempengaruhi amalan lompat parti dari perspektif mahasiswa dan
menganalisis kesan amalan lompat parti terhadap pembangunan politik dari perspektif
mahasiswa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian tinjauan menerusi
instrumen soal selidik untuk mengutip data. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang
mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dipilih secara rawak. Analisis
statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan nilai min, kekerapan dan peratus.
Dapatan kajian menunjukkan nilai purata min bagi tahap kefahaman mahasiswa
terhadap amalan l.....