AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti proses sosialisasi dalam kalangan keluarga
penenun serta masyarakat di Mukim Losong, Kuala Terengganu. Terdapat segelintir
penenun yang masih aktif dan mewarisi kemahiran bidang kraf songket ini menerusi
sosialisasi. Penyelidik turut menjelaskan penyampaian ilmu kemahiran kraf yang
berlaku dalam konteks pembelajaran tidak formal melalui ejen sosialisasi seperti
institusi keluarga dan institusi pendidikan dalam keluarga penenun. Kajian ini
menggunakan reka bentuk kajian kes. Data-data diperolehi melalui kaedah
pemerhatian, temu bual bersama informan, rakaman visual dan dokumentasi. Dapatan
data di lapangan dianalisis secara berterusan menggunakan model Interaktif Miles dan
Huberman. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa proses sosialisasi dalam
menurunkan ilmu kemahiran menenun yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran,
luaran dan dalaman telah memberi impak kepada golongan penenun di Mukim
Losong, Kuala Terengganu sama ada dalam prose.....