UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
12018
Thesis
Siwang Asik, ritual komuniti Semai, kumpulan Bah Lut di kampung Bukit Terang, Kampar, Perak
Norlida Mohd Jalaludin
Komuniti Semai mempunyai budaya unik yang masih diamalkan sehingga hari ini. Antara budaya yang masih menjadi amalan mereka ialah ritual siwang. Namun budaya tersebut semakin  terhakis. Terdapat dua jenis siwang, iaitu Siwang Asik dan Siwang Kebut. Fokus kajian adalah untuk  melihat dan memahami perkaitan amalan ritual dengan kosmologi Semai atau pegangan kepercayaan  mereka. Semai percaya bahawa setiap entiti dalam alam semesta ini mempunyai ruai, sama ada yang  baik atau jahat. Bagi memujuk ruai yang jahat, ritual menjadi amalan Semai. Ritual siwang adalah  sangat penting dalam kehidupan Semai di Kampung Bukit Terang kerana pegangan kepercayaan mereka.  Peranan setiap elemen dalam proses siwang dan perubahan siwang dalam Kumpulan Bah Lut juga  dibincangkan. Kaedah pemerhatian digunakan dalam pengumpulan data semasa kajian lapangan. Dalam  pengumpulan data tersebut, penyelidik menemu bual, merakamkan persembahan dan mengambil gambar.  Penyelidikan tertumpu kepada Si.....

1778 hits

22019
Thesis
Pembangunan modul pengajaran kreatif Asid Bes pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik
Norlida Mohd Yaacob
Kajian  ini  bertujuan  untuk  membangunkan  sebuah  modul  pengajaran  kreatif  mata pelajaran kimia bagi tajuk Asid dan Bes  yang dinamakan modul Pengajaran Kreatif Asid Bes  Pendidikan STEM (PKAB-STEM). Kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan  modul.  Modul   PKAB-STEM  dibangunkan  berdasarkan  Model  Proses Kreatif  Terarah  yang  melibatkan  empat   strategi  pengajaran  dan  pembelajaran  iaitu konstruktivisme,    inkuiri    penemuan,     pembelajaran    berasaskan    masalah    dan pembelajaran  berasaskan  projek.  Modul  ini  boleh   digunakan  dalam  pengajaran  dan pembelajaran   kimia   di   sekolah   menengah.   Modul   ini    dibangunkan   dalam   tiga peringkat  berdasarkan  model  reka  bentuk  Hannafin  dan  Peck,  iaitu   Fasa  1:  analisis keperluan,  Fasa  2:  mereka  bentuk  dan  Fasa  3:  pembangunan  dan   pelaksanaan. Penilaian dan penambahbaikan m.....

2878 hits

32022
Article
Manfaat dan cabaran Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sorotan literatur bersistematik
Norlida Mat Adam
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian pada hari ini merupakan suatu pendekatan yang semakin popular dalam kalangan murid dan guru. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP bagi mata pelajaran Matematik memberi kelebihan dan cabaran kepada murid dan guru. Tujuan sorotan literatur bersistematik ini dibuat adalah bagi mengenal pasti manfaat dan cabaran yang dihadapi oleh murid dan guru dalam melaksanakan PdP Matematik secara dalam talian. Tinjauan ke atas artikel dibuat antara tahun terbitan 2017-2021 dengan menggunakan tiga pengkalan data iaitu ERIC, Google Scholar dan Research Gate. Dapatan yang diperoleh menunjukkan pengintegrasian TMK dalam PdP Matematik memberikan banyak manfaat kepada murid seperti proses PdP menjadi lebih menarik, menyeronokkan, meningkatkan kefahaman konsep, membentuk pemikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, mengekalkan fokus, memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan belajar secara terarah kendiri se.....

211 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.