AbstractKemahiran sistem anggaran nombor merupakan kemahiran yang sedia wujud dalam diri kanak-kanak dan merupakan asas penting dalam penguasaan kemahiran matematik yang lain. Banyak kajian di luar negara telah membuktikan bahawa kanak-kanak pada usia 3 sehingga 6 tahun mempunyai kemahiran ini dan paling menariknya, kecekapan mereka dalam kemahiran sistem anggaran nombor ini mempunyai hubungan dengan peningkatan pencapaian dalam kemahiran matematik, di samping dapat meramal pencapaian mereka dalam matematik pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kajian terhadap penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran sistem anggaran nombor ini tidak ada lagi dijalankan di Malaysia. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengkaji kemahiran kanak-kanak 4 tahun dengan memfokuskan aspek penguasaan, strategi dalam kemahiran sistem anggaran nombor, dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran sistem anggaran nombor kanak-kanak. Bagi tujuan itu, kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan sebagai pe.....