UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

1
Abstract
The purpose of this study was to develop and evaluate the use of Simulation Through Weblog (SMW) in learning the topic of Movement of Substances Across the Plasma Membrane on the students’ achievement and interest. This study involved 60 students from a residential school in Perak which were divided into two groups. The treated group learned the topic of Movement of Substances Across the Plasma Membrane through the SMW while the control group learned the topic by the common method. The instruments used in this study were the pre test, post test and questionnaires for interest. The hypothesis test involved the use of the ANCOVA test and the Pearson correlation test. Result showed that there was no significant differences (p = .117) in the mean of the post test score between the treated group and the control group. There was also no significant difference (p = .859) in the mean of the post test score between the male and female students in the treated group. Yet there was significant d.....
Thesis Published 2011 1744 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesan penggunaan koswer Nutri-Score dengan ejen pedagogi beranimasi bagi topik Nutrisi dalam Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan. Persampelan kelompok tiga tahap dilaksanakan untuk memilih 181 responden dari masing-masing dua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Kumpulan rawatan mempelajari Nutrisi melalui Nutri-Score. Kumpulan kawalan mempelajari Nutrisi secara lazim. Pembolehubah-pembolehubah bersandar ialah kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membandingbeza dan kemahiran menyelesaikan masalah mengikut Taksonomi Baru Model Marzano. Dapatan dianalisis dengan menggunakan ujian MANCOVA. Skor ujian pra dijadikan kovariat. Didapati penggunaan Nutri-Score telah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan dan kemahiran membandingbeza secara signifikan. Justeru, reka bentuk dan pembangunan Nutri-Score boleh dijadikan panduan berguna untuk mereka bentuk da.....
Article Published 2018 874 hits Available
4
Abstract
Kehebatan dalam pembangunan teknologi dan perisian evolusi animasi tempatan menular seiring  dengan   perkembangan  pembelajaran  kanak-kanak.  Ketinggian  daya  fikir  yang terkandung  dalam   penceritaannya    mempamerkan  kesignifikanan  dan  kerelevanannya untuk  mendidik  kanak-kanak   melalui  pengalaman  dalam  multimedia.  Sehubungan  itu, objektif kajian ini dijalankan adalah  untuk pertama, mengenal pasti dimensi yang terdapat dalam  Prinsip  Kepimpinan  berdasarkan   kandungan  transkripsi  video  animasi  Upin  dan Ipin  terpilih;  kedua,  menganalisis  kandungan   transkripsi  video  animasi  Upin  dan  Ipin terpilih  dalam  menguruskan  intelek  kanak-kanak   berdasarkan  Prinsip  Kepimpinan;  dan ketiga,  merumuskan  keupayaan  kepimpinan  menguruskan   intelek  kanak-kanak  dalam transkripsi   video   animasi   Upin   dan   Ipin   terpilih.   Kajian    ini   dijalankan   denga.....
Thesis Published 2021 3075 hits Available
5
Abstract
Alam pembelajaran kanak-kanak bermula dengan tercetusnya satu pengalaman. Membesar dalam kemajuan pembangunan teknologi dan perisian evolusi abad ke 21 mencabar proses perkembangan intelek kanak-kanak. Intelligent Quotient (IQ), iaitu kecerdasan akal semata-mata tidak menjanjikan keseimbangan dan kejayaan dalam pengurusan kehidupan Kekaguman dan ketinggian intelek yang terkandung di dalamnya mempamerkan kerelevanan dalam upayanya mengendalikan daya intelek dan imaginasi kanak-kanak. Terdahulu, kanak-kanak leka dengan sastera lisannya tetapi gaya hidup kini mengubah kehidupan semula jadi kanak-kanak melalui ledakan informasi pembangunan teknologi yang berupaya mempengaruhi minda kanak-kanak dengan maklumat kurang tepat dan mengelirukan. Dengan menggunakan bahan tontonan kartun animasi Upin dan Ipin, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis bagaimana kanak-kanak menguruskan daya intelek dalam episod “Cari dan Simpan”. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Prinsip K.....
Article Published 2020 1288 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penggunaan koswer multimedia interaktif dengan ejen pedagogi iaitu Nutri-Score dalam pembelajaran Nutrisi terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membanding dan membeza serta kemahiran menyelesaikan masalah. Koswer multimedia interaktif ini telah dibangunkan berdasarkan dapatan analisis keperluan kajian terhadap topik-topik Biologi Tingkatan Empat yang dianggap sukar dengan menggunakan Model Alessi dan Trollip. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi. Kaedah persampelan kelompok empat tahap digunakan untuk menentukan negeri-negeri di zon utara, daerah, sekolah dan pelajar. Seramai 181 orang responden tingkatan empat telah dipilih dari empat buah sekolah menengah kebangsaan iaitu masing-masing dua buah dari Kedah dan Pulau Pinang. Responden kumpulan rawatan (n=90) dan kumpulan kawalan (n=91) diagihkan kepada kumpulan prestasi tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan ta.....
Thesis Published 2020 2735 hits Available
7
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk membina dan menguji kesan penggunaan Simulasi Menerusi Weblog (SMW) untuk mempelajari topik Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma terhadap pencapaian dan minat pelajar. Kajian melibatkan 60 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan rawatan mempelajari topik Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dengan menggunakan SMW manakala kumpulan kawalan belajar secara lazim. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik minat. Pengujian hipotesis melibatkan penggunaan ujian ANCOVA dan ujian korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = .117) bagi pencapaian dalam ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Tiada juga perbezaan yang signifikan (p = .859) bagi pencapaian dalam ujian pasca antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kumpulan rawatan. Bagaimanapun, didapati terdapat .....
Thesis Published 2011 353 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.