UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru agama menerusi Kurikulum Bersepadu Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Kelantan dalam aspek penggunaan Bahasa Arab, kaedah pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan sahsiah. Kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti perbezaan menerusi aspek penggunaan Bahasa Arab guru berdasarkan demografi. Kajian ini berbentuk kuantitatif melibatkan seramai 71 orang guru agama SABK. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang telah disahkan oleh dua orang pakar. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach bagi soal selidik ialah (>0.982). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif kekerapan, peratusan min, sisihan piawai dan inferens ujian-T dan ANOVA. Dapatan kajian amalan pengajaran guru agama menerusi KBD menunjukkan bahawa semua aspek amalan pengajaran guru agama diantara penggunaan Bahasa Arab (min=4.02, sp=0.38), kaedah pengajaran (min=4......
Thesis Published 2024 1025 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai tahap kebolehgunaan Kit Geometri (GeoKit) yang mengintegrasikan pembelajaran inkuiri berasaskan projek dalam topik Ruang untuk Matematik tahun empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan dengan mengaplikasikan model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Populasi kajian terdiri daripada 762 orang murid tahun empat daripada 11 buah sekolah rendah di daerah Batang Padang. Seramai 124 orang sampel kajian telah dipilih melalui pensampelan rawak berkelompok. Data dikumpulkan melalui tiga instrumen kajian iaitu soal selidik analisis keperluan, soal selidik kesahan muka dan kandungan GeoKit serta soal selidik kebolehgunaan GeoKit. Kesahan GeoKit dilakukan oleh empat orang pakar. Data kesahan pakar dianalisis menggunakan Content Validity Index manakala data analisis keperluan dan kebolehgunaan GeoKit dianalisis secara deskriptif menerusi frekuensi, peratus, min dan si.....
Thesis Published 2025 336 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.