AbstractKajian ini bertujuan mengkaji pengaruh sikap dan norma subjektif terhadap
mahasiswa serta hubungan di antara pengaruh sikap dan norma subjektif terhadap mahasiswa
UPSI yang mendorong mereka bermain aplikasi permainan dalam talian. Rekabentuk kajian ini adalah
kaedah gabungan dengan mengaplikasikan kaedah tinjauan dan temu bual. Data dikumpulkan melalui
soal selidik dan soalan temu bual melalui soalan terbuka menggunakan forum sebagai platform.
Seramai 74 orang mahasiswa terlibat sebagai peserta kajian. Data soal selidik dianalisis secara
analisis statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS untuk mengenal pasti pengaruh sikap dan
norma subjektif, manakala analisis kolerasi berganda untuk mengkaji hubungan di antara pengaruh
sikap dan pengaruh norma subjektif. Data temu bual dirakam dan diolah ke dalam bentuk
transkripsi manakala soalan terbukaÂ.....