UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak ekoran daripada kesan aktiviti guna tanah di kawasan sublembangan sungai. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif di lapangan menerusi pencerapan sampel air tasik, soal selidik dan analisis pemetaan corak guna tanah. Penilaian status kualiti air melibatkan pengukuran DO, pH, BOD, COD, SS, dan NH3N di 22 buah stesen yang telah ditetapkan. Parameter bakteria E.coli dan logam berat seperti Zn, Mg, Cd, Pb, Hg, Cu dan juga Fe turut dicerap.Kesemua parameter ini dibandingkan dengan Standard Kualiti Air Kebangsaan untuk Malaysia dan juga dibandingkan dengan garis panduan kualiti air minuman untuk menilai tahap kualiti air tasik. Pencerapan kualiti air dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mei 2013 dan juga pada bulan Mac 2014. Seramai 389 orang pengunjung telah dipilih sebagai sampel bagi mendapatkan pandangan mereka tentang tahap kualiti air tasik. Aplikasi Sistem Maklu.....
Thesis Published 2015 1697 hits Available
4
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan sebuah novel remaja berjudul Jendela Menghadap Jalan (Edisi Murid 2014) sebagai bahan kajian bagi menilai kesesuaian sesebuah teks yang dipilih untuk dijadikan teks KOMSAS (Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia). Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin adalah terbitan Kumpulan Utusan Sdn. Bhd. yang pernah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2008. Novel ini kemudiannya telah terpilih menjadi teks KOMSAS bagi tingkatan 4 Zon 1 (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Kajian dijalankan berdasarkan premis bahawa terdapat teks KOMSAS yang mencetuskan kontroversi kerana kandungannya didapati tidak sesuai sebagai bahan bacaan pelajar sekolah. Sebilangan teks KOMSAS yang dipilih dianggap tidak memaparkan unsur moral yang baik. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian novel Jendela Menghadap Jalan diangkat sebagai teks KOMSAS. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang respon.....
Article Published 2018 741 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.