AbstractTujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kemahiran pemikiran
komputasional dengan kemahiran penyelesaian masalah, dan kesan penggunaan teknik
penyelesaian masalah TRIZ terhadap kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan
pelajar bidang teknologi maklumat yang berbeza tahap inovatif. Kajian ini berbentuk
kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen kuasi. Sampel kajian terdiri
daripada 239 orang pelajar bidang teknologi maklumat yang dipilih secara rawak
berkelompok daripada kumpulan sedia ada. Pengumpulan data kajian dilaksanakan
dengan menggunakan instrumen Problem Solving Inventory, Computational Thinking
Scale, Personal Innovativeness in the Domain of Information Technology dan borang
tinjauan persepsi terhadap metodologi penyelesaian masalah TRIZ. Data kajian
dianalisis menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi dan analisis teks. Analisis
deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap kemahiran pemikiran komputasional dan
kemahiran pen.....