AbstractABSTRAK Kajian ini bertujuan meneliti kepelbagaian interaksi sosial dalam kalangan pelajar berbeza kumpulan etnik di samping memerihalkan faktor-faktor yang mempengaruhi kepelbagaian tersebut serta mencadangkan beberapa galakan interaksi sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui temu bual separa berstruktur terhadap sembilan orang pelajar sekolah menengah daripada pelbagai kumpulan etnik secara bersemuka. Pelaksanaan analisis data melibatkan kaedah tematik dan triagulasi. Hasil dapatan kajian memperlihatkan wujud interaksi sosial yang pelbagai dalam kalangan pelajar yang merangkumi kecenderungan berinteraksi dalam kumpulan etnik yang sama dan berbeza, bentuk interaksi yang pelbagai iaitu kerjasama, timbal balik, persaingan dan konflik. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan berlaku pemilihan etnik majoriti untuk berinteraksi. Kepelbagaian ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu sekolah rendah, pengurusan dan pentadbiran sekolah, bahasa, persekitaran te.....