UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Nurul Aqidah Roslan |
1 | 2021 thesis | Hubungan kefahaman guru tentang cetakan persekitaran dan pengecaman nama kanak-kanak berumur tiga tahun Nurul Aqidah Roslan Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan kefahaman guru tentang
cetakan persekitaran dengan amalan penggunaan cetakan persekitaran guru dan pengecaman nama
kanak-kanak berumur tiga tahun di negeri Perak. Dalam kajian ini, persampelan rawak
mudah digunakan kerana populasi kajian yang bersifat homogen. Responden yang terlibat
adalah 120 orang guru TASKA di sebuah agensi kerajaan di negeri Perak. Reka bentuk kajian adalah
kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik secara atas talian (google form).
Instrumen menggunakan skala likert dan mempunyai lima bahagian iaitu demografi, kefahaman guru
tentang cetakan persekitaran, amalan penggunaan cetakan persekitaran di dalam kelas, amalan
penggunaan cetakan persekitaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian
pengecaman nama kanak-kanak berumur tiga tahun. Analisis data melibatkan skor min dan ujian ..... 746 hits |
2 | 2021 article | Hubungan antara kefahaman guru tentang cetakan persekitaran dengan pengecaman nama dalam kalangan kanak-kanak berumur tiga tahun Nurul Aqidah Roslan Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kefahaman guru tentang cetakan persekitaran dengan pengecaman nama dalam kalangan kanak-kanak berumur tiga tahun. Reka bentuk kajian adalah pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik secara dalam talian (google forms). Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 120 orang guru taska di sebuah agensi kerajaan negeri Perak. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru tentang cetakan persekitaran adalah lemah (min=1.97). Dapatan kajian juga mendapati tahap pengecaman nama kanak-kanak dalam kalangan berumur tiga tahun berada pada tahap yang lemah (min=1.82). Nilai pekali korelasi (r) antara kefahaman guru tentang cetakan persekitaran dan pengecaman nama kanak-kanak dalam kalangan berumur tiga tahun adalah r = .86. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan antara kefahaman guru tentang cetakan persekitaran dengan pengecaman nama kanak-kanak dalam kalangan berumur tiga t..... 221 hits |
3 | 2022 article | Hubungan antara amalan penggunaan cetakan persekitaran dengan pengecaman nama dalam kalangan kanak-kanak berumur tiga tahun Nurul Aqidah Roslan Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan amalan penggunaan cetakan persekitaran di dalam kelas oleh guru taska dengan pengecaman nama dalam kalangan kanak-kanak berumur tiga tahun. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik secara dalam talian (Google Form). Persampelan rawak mudah digunakan dengan melibatkan kesemua ahli bagi konteks kajian kerana saiz populasi tidak begitu besar. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah 120 orang guru taska agensi kerajaan di Perak. Analisis data adalah melibatkan ujian min bagi mengetahui tahap amalan penggunaan cetakan persekitaran dan tahap pengecaman nama dalam kalangan kanak-kanak berumur tiga tahun. Manakala ujian kolerasi Pearson dilakukan bagi mengenal pasti hubungan antara dua pemboleh ubah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan cetakan persekitaran berada pada aras yang rendah (min=2.27). Kajian ini juga mengenal pasti bahawa tahap pengecaman nama dalam kalangan kanak-k..... 117 hits |