UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pelajar kolej swasta. Seramai 279 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai program telah dipilih sebagai sampel kajian. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dan data diperoleh melalui borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan ujian regresi pelbagai. Dapatan analisis regresi pelbagai menujukkan bahawa faktor rakan sebaya (P=-8.153, p=O.027) dan latar belakang keluarga (P=5.401, p=O.079) mempengaruhi corak perbelanjaan pelajar. Faktor-faktor lain iaitujenama, keinginan sendiri dan gaya hidup mewah didapati tidak mempengaruhi corak perbelanjaan pelajar. Kesimpulannya model regresi pelbagai yang dicadangkan dalam kajian ini dapat membantu pihak tertentu mengambillangkah pencegahan supaya pelajar dapat membuat keputusan secara rasional apabila berbe1anja. Implikasi kajian menekankan kesedaran kepada pe1ajar untuk menggunakan wang pembiayaan pend.....
Thesis Published 2019 3662 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan kesan Strategi Pengajaran GeoGebra (SPG) terhadap pencapaian murid Tingkatan 4, pencapaian konseptual, pencapaian prosedural, usaha mental dan kecekapan pengajaran dalam topik Persamaan Kuadratik. Reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara dijalankan terhadap 60 orang murid Tingkatan 4 dari sebuah sekolah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Dua kelas diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang menjalani SPG dan kumpulan kawalan yang menggunakan Strategi Pengajaran Konvensional (SPK) bagi topik Persamaan Kuadratik. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Persamaan Kuadratik yang mengandungi soalan pengetahuan konseptual dan pengetahuan prosedural, dan Skala Perkadaran Usaha Mental. Data dianalisis menggunakan dua kaedah iaitu analisis statistik deskriptif dan statistik inferens. Analisis deskriptif melibatkan penggunaan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Manakala analisi.....
Thesis Published 2018 2477 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.