AbstractKraftangan tembaga adalah warisan yang telah lama wujud dalam masyarakat
Melayu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia. Keunikan bekas bara terbesar
ini menjadi satu daripada lambang kegemilangan pertukangan tembaga di negeri Terengganu.
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji signifikasi Bekas Bara Besar Terengganu dalam seni
warisan kraf tembaga melalui metodologi penerokaan dan analisis reka bentuk dan corak yang
terdapat pada artifak berkenaan. Kaedah penyelidikan secara kualitatif dengan pendekatan
sejarah digunakan dalam kajian ini. Analisis melibatkan 27 responden yang terdiri daripada
empat orang sejarawan, sembilan pakar kraf dalam bidang tembaga, lapan penggiat dari
agensi seni kreatif dan warisan serta enam budayawan tempatan. Dapatan kajian melalui
pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen te.....