AbstractTujuan kajian ini adalah untuk menganalisis genre dan akal budi yang terdapat dalam peribahasa Melayu Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kajian kepustakaan yang bertujuan untuk mengenal pasti jenis peribahasa yang terdapat dalam beberapa buah buku berdasarkan pendekatan induktif daripada aspek genre dan akal budi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis peribahasa, menjelaskan struktur peribahasa dan menganalisis akal budi dalam peribahasa. Teori Peribahasa Za’ba dan Teori Semantik Geoffrey Leech diaplikasikan dalam kajian ini. Teori Za’ba digunakan untuk menentukan jenis-jenis dan fungsi peribahasa. Teori Leech menghuraikan jenis-jenis makna kiasan dan unsur-unsur akal budi. Data kualitatif kajian dipungut berdasarkan temu bual dua orang informan yang merupakan penutur asli Bahasa Melayu Sarawak. Kriteria pemilihan informan adalah tokoh rujukan yang berusia, berwibawa dan berkearifan mengenai sastera lisan Melayu Sarawak. Salah seorang daripada informan ialah pe.....