AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan sejarah ekonomi negeri
Terengganu dengan memberi tumpuan ke atas perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di
Terengganu dari tahun 1910 hingga 1941. Dalam tempoh ini, negeri Terengganu menunjukkan peningkatan
ekonomi yang memberangsangkan kesan daripada perusahaan hasil perikanan yang dijalankan oleh
masyarakat Melayu pesisir yang merangkumi perusahaan ikan kering, ikan bilis, budu, belacan dan
ikan jeruk. Kajian ini meneliti aspek-aspek yang mempengaruhi perusahaan hasil perikanan masyarakat
Melayu pesisir Terengganu. Isu dan cabaran yang dihadapi dalam perusahaan hasil perikanan turut
diketengahkan. Di samping itu, pelbagai langkah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan
mutu keluaran hasil perikanan. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan berdasarkan sumber primer
dan sekunder. Sumber primer dalam kajian ini seperti laporan tahunan, telegram, memorandum,
surat-menyurat dan lapora.....