UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

8 record(s) found

1
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari dalam konteks sikap pentadbir di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian melibatkan 247 orang pentadbir IPG yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan di 26 buah IPGM seluruh Malaysia. Pemilihan responden adalah dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bertujuan yang dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Sub pemboleh ubah sikap terdiri daripada polisi akademik, polisi operasi, polisi perancangan dan polisi pengurusan. Manakala pemboleh ubah perancangan pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari terdiri daripada lapan sub pembolehubah iaitu standard isi, standard proses, standard kompetensi lulusan, standard pendidik dan tenaga kependidikan, standard prasarana, standard pengelolaan, standard pembiayaan dan standard penilaian pendidikan. Hasil.....
Article Published 2018 1083 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan, sumbangan dan membina model sikap, inisiatif, regulasi kendiri terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 247 orang pentadbir daripada 26 buah IPG seluruh Malaysia yang dipilih menerusi teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen digunakan berbentuk soal selidik Likert lima mata dan pengelompokkan item yang tepat mengikut konstruk dan sub konstruk kajian dibina melalui proses Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Manakala Analisis Faktor Pengesahan (CFA) digunakan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan konstruk. Model pembentukan sikap, inisiatif dan regulasi kendiri pentadbir IPG terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari telah dibina menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM). Dapatan EFA telah membentuk empat konstruk utama iaitu sikap, inisiatif, regulasi kendiri dan p.....
Thesis Published 2018 1253 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan menentukan keberkesanan penggunaan m-pembelajaran berasaskan aplikasi Kahoot! terhadap minat dan pencapaian murid dalam topik Operasi Asas Matematik bagi murid Tahun Tiga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi- eksperimental dengan bilangan sampel seramai 60 murid dari dua kelas tahun tiga iaitu satu kelas seramai 30 murid mewakili kumpulan rawatan menjalani pendekatan mpembelajaran menggunakan aplikasi Kahoot! berasaskan permainan dan satu kelas seramai 30 murid mewakili kumpulan kawalan yang menjalani pendekatan pembelajaran konvensional. Pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan berlangsung selama empat minggu. Data dikumpulkan melalui soal selidik untuk mengukur tahap minat murid terhadap aplikasi Kahoot! dan satu set soalan ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi 32 soalan aneka pilihan untuk mengukur pencapaian. Data dianalisis dengan menggunakan pengukuran kuantitatif yang melibatkan analisis deskriptif dan inferensi menggunakan ujian-t bagi .....
Thesis Published 2020 8236 hits Available
4
Abstract
The Ministry of Education Malaysia often emphasizes the issue of unity. Teachers have become the bridge to connect government policy to students. The role of teachers is very important in the formation of unity among high school students. This study was conducted to examine to which extent teachers play a role in the formation of unity among secondary school students. This is a qualitative study, using a case study method and using interviews and observations as the study instrument. A total of 6 students and 3 teachers were taken as samples from 3 secondary schools with multiracial students. Findings show that teachers play a high role in the formation of high school students' unity. Various efforts involving teachers form the basis for the formation of unity. The role of teachers in the classroom, outside the classroom and the role of teachers as role models to students are among the aspects studied. The data were collected as a result of interviews and observations and then analyzed.....
Article Published 2021 975 hits Available
5
Abstract
Sekolah merupakan organisasi yang penting dalam pemupukan amalan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti peranan sekolah dari aspek peranan pentadbir dan peranan guru dalam pemupukan amalan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Kajian ini, merupakan kajian berbentuk kualitatif, dengan menggunakan kaedah kajian kes dan menggunakan protokol temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen terdiri daripada yang enam orang pelajar dan tiga orang guru dari sekolah menengah dari daerah Kerian, Perak. Data-data kajian dianalisis daripada transkripsi temubual, pemerhatian dan gambar-gambar foto. Tema-tema diperoleh dikod dan ditriangkulasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa pentadbir sekolah dan guru merupakan aspek penting yang memberi kesan terhadap pemupukan amalan semangat patriotisme. Hasil kajian ini juga dapat membantu kementerian untuk merancang kurikulum yang lebih berkesan untuk memupuk amalan semangat patriotisme.  ..
Article Published 2021 1118 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan belajar dan amalan patriotisme dari aspek sokongan sosial dalam kalangan murid sekolah menengah. Aspek sokongan sosial yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah sokongan keluarga, peranan guru, peranan rakan sebaya dan sekolah. Kajian ini merupakan kajian kes dengan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada 15 orang peserta kajian iaitu 6 orang murid sekolah menengah, 6 orang ibu bapa dan 3 orang guru dari daerah Kerian, Perak. Pensampelan bertujuan yang melibatkan subjek kajian yang mempunyai masalah kesediaan belajar dan amalan patriotisme digunakan. Data-data diperoleh daripada tiga jenis instrumen, iaitu protokol temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data-data yang diperoleh, kemudian ditriangulasi. Subjek kajian ditemu bual secara individu dan dirakam. Pemerhatian pula dilakukan di luar bilik darjah dan di rumah subjek kajian. Data daripada analisis dokumen, iaitu keputusan peperiksaan diperoleh daripada piha.....
Thesis Published 2022 4448 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan mengukur keberkesanan pendekatan gamifikasi mudah alih berasaskan aplikasi Quizizz dalam meningkatkan minat dan pencapaian murid Tahun Lima dalam Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik di tiga buah SJKT di daerah Kinta Selatan, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental yang melibatkan 30 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dalam kumpulan kawalan. Data dikumpulkan melalui soal selidik minat murid terhadap aplikasi Quizizz dan satu set soalan ujian pra dan pos (pencapaian) yang mengandungi 40 item soalan aneka pilihan. Pengukuran deskriptif digunakan bagi menilai sama ada terdapat perkaitan antara gamifikasi mudah alih dengan pencapaian dan minat murid. Pengukuran inferensi ujian-t pula dijalankan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan signifikan antara skor ujian pos kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dengan penggunaan gamifikasi mudah alih begitu juga ujian kolerasi bagi mengkaji hubungan skor kedua-dua.....
Thesis Published 2023 1296 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh sosioekonomi keluarga terhadap kesediaan belajar pelajar sekolah menengah. Aspek sosioekonomi yang dikaji dalam kajian ini ialah kemudahan bahan bacaan dan kemudahan infrastruktur. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan 15 orang sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada enam orang murid, enam ibu bapa dan tiga guru. Murid-murid yang mempunyai masalah kesediaan belajar dipilih sebagai sampel kajian. Data diperoleh melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data yang diperoleh, kemudian ditriangulasikan. Dapatan data temu bual ditentukan dengan proses pengesahan koding Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan aspek kemudahan infrastruktur dan kemudahan bahan bacaan sangat penting dalam membantu memupuk kesediaan belajar. Kesimpulannya, sosioekonomi keluarga merupakan satu aspek yang sangat penting dalam membantu memupuk kesediaan belajar pelajar sekolah menengah. Implikasi kajian ini ialah pihak Kementer.....
Article Published 2023 897 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.