UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti imej wanita, menghuraikan emansipasi wanita dan menganalisis status wanita dalam antologi cerpen P?ravaik Kataika? yang telah diterbitkan oleh Persatuan Bahasa Tamil, Universiti Malaya dari 1986 hingga 2008. Penyelidik telah menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks berdasarkan teori feminisme kebudayaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 43 cerpen sahaja mencerminkan feminisme kebudayaaan daripada 294 cerpen yang telah diterbitkan dalam jangka masa 25 tahun tersebut. Daripada jumlah cerpen tersebut, aspek-aspek imej, imansipasi dan status wanita dapat dilihat sebagai ibu dalam 14 cerpen, isteri dalam 12 cerpen, anak perempuan dalam sembilan cerpen, remaja dalam tujuh cerpen dan anak dara tua dalam dua cerpen. Kesemua wanita tersebut diimejkan sebagai watak yang bersifat mematuhi ciri-ciri feminisme kebudayaan; diemansipasikan sebagai pejuang untuk mencapai kejayaan; dan distatuskan sebagai wanita yang berjaya.....
Thesis Published 2018 2186 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan Aplikasi Suno AI dalam meningkatkan pemahaman watak dan perwatakan dalam novel Vaada Malar dalam kalangan murid Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Kesusasteraan Tamil di Malaysia. Permasalahan kajian ini berpunca daripada kesukaran murid memahami teks sastera, khususnya aspek watak dan perwatakan, yang sering dianggap abstrak dan mencabar melalui kaedah pengajaran konvensional. Sehubungan itu, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) diteroka sebagai satu pendekatan alternatif yang berpotensi meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid dalam pembelajaran sastera. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai enam orang murid Tingkatan 4 dipilih sebagai responden kajian dan terlibat dalam intervensi selama enam minggu menggunakan Aplikasi Suno AI. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca, rubrik pemarkahan serta pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. Data kuantitatif dian.....
Thesis Published 2025 102 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.